Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Bandar Keelung, Taiwan

2016-08-16 13:37:56

Bandar kecil di persisiran pantai, Keelung, ialah pelabuhan perdagangan kedua terbesar di provinsi Taiwan. Pelabuhan semula jadi dengan tanjung yang dalam dan persekitaran bergunung-ganang menyajikan pemandangan yang begitu dramatik dan memukau mata.

Pelabuhan yang panjang dan sempit ini sarat dengan kapal tentera laut, kapal pukat tunda, kapal kargo yang datang dari serata dunia dan kapal persiaran yang kadang kala berlabuh.

Berdekatan dengan pelabuhan tersebut ialah Pasar Malam Miaokou atau Mulut Kuil. Pasar Malam Miaokou merupakan antara pasar malam yang tersohor di Taiwan yang berpusat di kuil lama, Kuil Dianii. Oleh sebab berhampiran dengan laut, maka makanan laut menjadi tarikan utama di situ.

Selain itu, makanan tempura Jepun versi Taiwan yang digemari ramai, 'tianbula', dihidangkan dengan sos merah yang manis atau pedas. Tentu anda perasan persamaan sebutannya.

Berdekatan dengan tempat tersebut ialah Kedai Pastri Lee Hu di no. 90 Ren 3rd Road. Kedai itu merupakan kedai kek nanas yang terkemuka di Taiwan, dan kek nanas di situ sering dijadikan hadiah atau buah tangan yang paling digemari. Heping Island Park di jalan masuk pelabuhan dihubungkan oleh jambatan pendek.

Di lokasi tersebut terdapat taman hiburan, formasi batu ganjil, restoran makanan laut, lorong-lorong kecil yang santai dan Muzium Budaya Orang Asli (Aboriginal Culture Museum).

Jauh di bahagian selatan persisiran pantai ialah Bisha Fishing Port yang dipenuhi dengan restoran makanan laut dan pasar ikan yang berkonsepkan pelancongan.

Dari Bisha, nikmatilah perjalanan bot yang berombak-ombak selama sejam di sekitar Pulau Keelung, yang mana aktiviti menyeludup pernah berleluasa di sana.

Para pelancong juga boleh menaiki bot di depan stesen kereta api Pelabuhan Keelung.

Jangan lupa meluangkan masa untuk melawat puing-puing Ershowon Fort di atas bukit yang menghadap kota. Kubu tersebut dibina oleh kerajaan Qing pada tahun 1840 dan digunakan sebagai kubu pertahanan semasa Perang Sino-Perancis pada tahun 1884-1885.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin