Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Kedai Buku Unik Rintis Budaya Membaca di Beijing

2016-08-12 15:03:18

Kedai Buku Unik Rintis Budaya Membaca di Beijing


 “Zhuandu Kongjian” ialah sebuah kedai buku kecil dan unik di Beijing. 
Kedai buku tersebut diusahakan oleh seorang anak muda yang bernama Cui Yong dengan menyewa sebuah bangunan yang berkeluasan 530 meter persegi di Jalan Selatan Xisi, bandar raya Beijing. 
Kedai buku itu menjadi amat popular dalam kalangan rakyat tempatan kerana para pelanggan boleh membeli dan membaca buku, menyaksikan pameran, minum teh dan mendengar ceramah di situ. 
Pada tahun 2009, Cui Yong pernah membuka sebuah kedai buku yang luasnya lebih 10 meter persegi di Jalan Qianmen, Beijing. 
Namun, perniagaan kedai buku itu menghadapi kesulitan ekoran sewa bangunan yang melambung tinggi dan persaingan yang hebat dalam perdagangan elektronik (e-dagang) di China. 
Sungguhpun begitu, perniagaan Cui dapat terus dijalankan atas insentif kerajaan untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat. 
Pada tahun 2014, kedai bukunya telah berpindah ke "Zhuandu Kongjian” di daerah Xicheng. 
Kerajaan tempatan juga memansuhkan bayaran sewa untuk kedai buku Cui. 
Oleh itu, Cui tidak perlu khuatir lagi tentang sewa kedai bukunya. 
Kini, pelanggan yang berdaftar di kedai buku “Zhuandu Kongjian” telah mencecah 5,000 orang. 
Sebenarnya, bukan "Zhuandu Kongjian" sahaja kedai buku yang diminati ramai di Beijing. 
Terdapat lebih 20 kedai buku istimewa yang terletak di seluruh Beijing yang menjadi tumpuan para pengunjung, khususnya ulat-ulat buku.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin