Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Pameran Kesenian "We're All Smurfs" di Hong Kong

2016-07-28 16:28:01

Pameran Kesenian "We're All Smurfs" di Hong Kong

Sempena musim panas ini, Smurfs memulakan satu Jelajah Kesenian Asia bagi menyatakan moto mereka tentang keharmonian tanpa sempadan. Lokasi pertama yang disinggahi ialah Harbour City di Tsim Sha Tsui, Hong Kong.

1. Selamat Datang ke Perkampungan "We're All Smurfs"

Papa Smurf menggunakan ramuan ajaibnya bagi mengubah Perkarangan Ocean Terminal di Harbour City menjadi perkampungan "We're All Smurfs" yang amat luas agar setiap pengunjung boleh memasuki dunia The Smurfs. Sebanyak 35 Smurfs setinggi satu meter hidup bahagia di kampung itu. Pengunjung juga boleh memasuki rumah cendawan gergasi setinggi enam meter untuk berinteraksi dengan Smurfs melalui teknologi pembesaran realiti (AR).

Pameran Kesenian "We're All Smurfs" di Hong Kong

2. Pameran Perdana Manuskrip Peyo

Pameran "The Smurfs House of Stories" di Gallery by the Harbour diadakan sebagai penghormatan kepada Peyo, seorang kartunis dari Belgium yang menciptakan komik berseri The Smurfs, sekali gus mendedahkan pelbagai aspek daripada kehidupan dan bakat beliau yang cukup luar biasa dalam menghasilkan karya kartun klasik tersebut. Bagi memperlihatkan karya seni asal Peyo yang cukup istimewa, yang dipamerkan kepada dunia secara terbuka buat pertama kali termasuk 36 buah manuskrip yang amat berharga.

3. Pameran Model Kreatif "The Smurfs"

Harbour City mengundang dua oarng artis miniatur tempatan yang terkenal, Tony Lai dan Maggie Chan bagi membuat lapan model Smurfs berdasarkan adegan-adegan dalam komik asli. Kesemua model tersebut dipamerkan di kawasan koridor Aras Bawah, Gateway Arcade, yang membawa pengunjung menelusuri satu laluan yang menyatukan dunia fantasi dengan alam realiti.

Pameran Kesenian "We're All Smurfs" di Hong Kong

4. Kedai Francais "The Smurfs Rarities Collection"

Kedai francais "The Smurfs Rarities Collection" dibuka di Atrium I, Gateway Arcade, dengan Smurf gergasi setinggi empat meter terbang di udara bagi menyambut tetamu. Beberapa koleksi edisi terhad yang dibuat khusus untuk jelajah Hong Kong ini disediakan di kedai francais tersebut semasa pameran berkenaan, antaranya termasuk patung Smurf Keluli Hitam dan patung ukiran kayu Smurf, figura Smurfette yang memakai gaun merah, putih dan biru dalam gaya Hong Kong dan juga figura Smurf Kung-Fu.

5. Hidangan Istimewa Bertemakan The Smurfs

Sempena Pameran Kesenian "We're All Smurfs", Harbour City bekerjasama dengan beberapa restoran, antaranya termasuk add@Prince, Cafe Marco, Dan Ryan's Chicago Grill, Han Bing Korean Dessert Café , Homie Cookies, LE CAFÉ de Joël Robuchon, niji bistro dan Three on Canton, bagi menyediakan hidangan istimewa yang bertemakan Smurfs. Dengan menikmati Set Minum Petang Fantasi Smurfs, minuman istimewa, pencuci mulut dan makarun, peminat Smurf pastinya amat gembira dan seronok mendapat sensasi rasa dan pandangan secara serentak.

6. Sekolah Musim Panas The Smurfs

Setiap Smurf memiliki ciri-ciri dan bakat tersendiri. Harbour City membuka Sekolah Musim Panas The Smurfs di bahagian Atrium, Aras Bawah Ocean Terminal dan mengajar kanak-kanak tentang pelbagai kemahiran, termasuk berkebun, melukis dan lain-lain. Si kecil itu akan mendapat lencana bagi setiap kemahiran dan menghadiri konvokesyen bagi menjadi salah satu daripada Smurfs!

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin