Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Tamsui, Bandar Pelabuhan Lama di Taiwan

2016-07-19 13:20:57

Tamsui(Danshui), bandar pelabuhan lama yang terletak di muara kanan Sungai Tamsui. Bandar ini diwarisi banyak peninggalan seni bina sehingga kini. Di sini terdapat pelantar laluan kawasan dermaga yang luas, lorong basikal tepi sungai, kedai-kedai klasik dan gerai-gerai snek. Didapati juga kawasan paya bakau berkedudukan yang paling utara di dunia.

Tamsui dikenali sebagai lokasi menarik untuk merakam landskap matahari terbenam. Tamsui terletak 40 minit daripada Stesen utama Taipei (MRT) dan bersesuaian untuk perjalanan percutian sehari.

Kawasan tarikan pelancong ini wajib lawati kerana terdapat hasil laut yang segar dari pelabuhan Tamsui. Tempat yang berdekatan yang anda boleh lawati di sini ialah Drop of Water Memorial Hall, Fort Santo Domingo, Tamsui Old Street dan banyak lagi.

Tamsui Old Street yang bermula dari MRT Tamsui Station, terbahagi kepada dua. Pertama ialah laluan pejalan kaki, Gongming Lane dan kedua pula seksyen sempit di Zhongzheng Road. Tamsui bermakna makanan laut segar dan Jalan Lama dibarisi gerai-gerai variasi masakan makanan laut yang digemari penduduk. Rangkaian laluan basikal tepi sungai yang meluas, menuju ke hulu dan hilir Sungai Tamsui dan mengelilingi Taipei lalu berakhir di MRT Tamsui Station.

Terdapat sebuah kios menyewa basikal di sini dan basikal boleh dibawa naik ke atas feri tambang murah Tamsui-Bali. Lokasi dok di seberang sana yang tidak jauh dari stesen MRT, berada di sepanjang pelantar laluan kawasan dermaga yang selari dengan Old Street. Bagi orang-orang asing, San Domingo Fort dianggap sebagai tarikan pelancong tempatan yang cukup terkemuka. Kubu kuno dan bangunan konsulat usang dikesan telah wujud sejak zaman 1600an hingga 1800an iaitu peninggalan sejarah penjajah Sepanyol, Belanda dan Inggeris di Taiwan.

Berhampiran ialah Tamsui Oxford Museum yang berada dalam bangunan Oxford College, sebuah tapak warisan di sini. Terdapat pelbagai foto-foto dan memorabilia yang berkaitan dengan kisah mubaligh Kanada, George Leslie Mackay, yang telah meninggalkan impak besar di utara Taiwan dari 1870an hingga 1890an. Di lokasi paling utara di muara sungai, Fisherman's Wharf atau Dermaga Nelayan ada banyak kedai makan dan ia juga merupakan pusat pelancaran bagi pelayaran kapal layar Blue Highway.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin