Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Lorong, Mikrokosma Kehidupan Setempat Shanghai

2016-07-14 17:16:47

Lorong, Mikrokosma Kehidupan Setempat Shanghai

Lorong, mikrokosma kehidupan biasa penduduk Shanghai. Hingga kini, ia masih merupakan tempat terbaik untuk mengenali kota raya tersebut.

Lorong, Mikrokosma Kehidupan Setempat Shanghai

Kawasan Kota Lama

Selain Kuil Chenghuang yang sibuk menerima kehadiran pengunjung, terdapat banyak lorong bersejarah di Kawasan Kota Lama Shanghai, termasuk Jalan Tengah Fangbang, Jalan Lama Shanghai, Jalan Xundao, Jalan Menghua, Jalan Fuyou dan lain-lainnya. Setiap bata dan jubin di sana menjadi saksi perkembangan sejarah kota raya Shanghai.

Gula-gula sirap pear, kacang berempah, bazar di hadapan Kuil Konfusius, komples bangunan berseni bina zaman Dinasti Ming dan Qing, lorong-lorong panjang yang sempit......kesemua ini pasti menimbulkan nostalgia terhadap masa lampau kota ini.

Jalan Menghua yang terletak di belakang pasar buku Kuil Konfusius, masih mengekalkan wajah asalnya hingga digelar "mikrokosma kehidupan setempat". Jalan ini merupakan tempat paling ideal untuk menikmati pesona sebenar Shanghai pada zaman lampau.

Lorong, Mikrokosma Kehidupan Setempat Shanghai

Pasar Lama Jiashan

Berjalan melalui sebatang lorong, kelihatan deretan gerai dan kedai yang sibuk melayan pembeli di dalam Pasar Jiashan, yang diubah suai daripada sebuah kilang lama. Pada hujung minggu pertama dan ketiga setiap bulan, ia menjadi bazar terbuka yang menyerlahkan gaya Barat di Shanghai.

Khususnya pada hujung minggu musim bunga, ramai penduduk tempatan dan asing akan membawa barang-barang istimewa termasuk rantai leher, minyak pati dan baju fesyen buatan sendiri serta makanan import seperti coklat, kopi dan jus, untuk dijual di pasar tersebut. Mereka menjadikan bazar ini sebuah parti untuk berkongsi kegembiraan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin