Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Muzium di Beijing

2016-07-08 10:54:22

 

Muzium di Beijing

Muzium Negara China

Muzium Negara China terletak di timur Lapangan Tian'anmen di Beijing. Muzium ini siap dibina pada 1912. Pada tahun 2011, muzium ini telah diperluas dan diubahsuai untuk meningkatkan taraf perkhidmatan kepada pengunjung.

Muzium ini menggabungkan dua muzium, iaitu Muzium Sejarah Negara dan Muzium Revolusi Negara. Muzium ini dibawah pimpinan Kementerian Kebudayaan dan menumpukan pameran dan pendidikan sejarah dan seni. Muzium ini berfungsi sebagai tempat menyimpan, mengadakan pameran, menjalankan penyelidikan, arkeologi, dan pendidikan awam, di samping menjalankan pertukaran kebudayaan dengan negara luar.

Muzium Negara telah memainkan peranan penting dalam memaparkan kebudayaan China dan memupuk semangat kebangsaan dan kemajuan masyarakat. Muzium ini dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan moden yang dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada para pengunjung.

Lokasi: No.16 Jalan Chang'an, Dist. Dongcheng, 100006 Beijing, China.

Laman web: http://www.chnmuseum.cn/

 

Muzium di Beijing

Muzium Filem Negara China

Muzium Filem Negara China ialah sebuah muzium yang berfungsi untuk mempamerkan sejarah panggung wayang China, teknologi filem serta perkembangan industri perfileman China. Muzium yang ditubuhkan pada tahun 2005 ini mempunyai 20 dewan pameran tetap dan beberapa panggung wayang yang canggih.

Muzium Filem Negara menyimpan dan mempamerkan lebih kurang 1,500 filem, 4,300 gambar dan memperkenalkan 450 penerbit kepada orang awam. Pameran yang diadakan di sini amat profesional.

Lokasi: No.9 Jalan Nanying, Dist. Chaoyang, Beijing, China.

Laman web: http://www.cnfm.org.cn/

Muzium di Beijing

Muzium Sejarah Alam Beijing 

Muzium Sejarah Alam Beijing terletak berhampiran dengan Kuil Langit (The Heaven Temple). Muzium ini dibuka secara rasmi pada Januari 1959 dan menyimpan banyak spesimen. Spesimen tumbuhan, haiwan dan bahan galian yang disimpan di muzium ini diklasifikasikan secara sistematik dan digunakan dalam pengajian sains atau untuk tujuan pameran. Muzium ini mempunyai tiga jenis fungsi utama, yakni koleksi spesimen, penyelidikan akademik serta promosi sains dalam bidang paleontologi, zoologi, botani dan antropologi. Selain itu, Muzium Sejarah Alam Beijing juga merupakan sebuah pangkalan pendidikan sains dan teknologi bagi remaja.

Lokasi: No. 126, Jalan Tianqiao, Dist. Dongcheng Beijing, China.

Laman web: http://www.bmnh.org.cn/

Muzium di Beijing

Muzium Seni Negara China

Pembinaan Muzium Seni Negara China bermula pada tahun 1958 dan siap pada tahun 1962. Muzium ini dibuka secara rasmi kepada pengunjung pada 1963 dan disenaraikan dalam sepuluh bangunan unggul di Beijing. 

Bangunan muzium ini mempunyai seni bina tradisional China. Dalam kompleks muzium ini ada koridor dan pavilion. Terdapat lebih daripada 100,000 buah koleksi yang istimewa disimpan di Muzium Seni Negara. Koleksi itu seperti lukisan purba, seni khat, karya seni asing serta seni rakyat.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Muzium Seni Negara China banyak menerima karya yang didermakan oleh seniman atau ahli keluarga mereka.

Lokasi: No. 1 Jalan Wusi, Dist. Dongcheng, 100010 Beijing, China.

Laman web: http://www.namoc.org/

Muzium di Beijing

Planetarium Beijing

Planetarium Beijing merupakan sebuah muzium negara tentang sains semula jadi. Fungsinya adalah untuk mempromosi pengetahuan sains kepada orang awam dan mengadakan pelbagai pameran yang berkaitan. Muzium ini ialah sebuah institut sains yang digelar sebagai ”Istana Sains”. 

Muzium ini terdiri daripada dua buah bangunan, iaitu bangunan A yang dibuka secara rasmi pada 1957 dan bangunan B yang dibuka secara rasmi pada 2004. Sekarang, Planetarium Beijing menjadi salah satu planetarium yang berpengaruh di dunia.

Lokasi: No. 138 Jalan Xizhimenwai, Dist. Xicheng, Beijing, China.

Laman web: http://www.bjp.org.cn/


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin