Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Makau, Julukan Kota Perjudian

2016-06-30 17:59:01

Makau, selain dulunya merupakan koloni Portugis, kini lebih terserlah sebagai tapak tinggalan sejarah bercirikan Eropah yang memiliki daya tarikan tersendiri. Selain itu, Makau juga menjadi destinasi pilihan utama bagi kaki-kaki judi dari Hong Kong dan Tanah Besar China, malah seluruh dunia.

Makau, Julukan Kota Perjudian

Industri perjudian di Makau berkembang dengan pesat, dan telah menjadi sektor utama yang menyumbang sekitar 70 peratus dalam ekonomi setempat serta menyerap puluhan ribu tenaga kerja ke dalam industri ini. Antara permainan judi yang amat popular termasuklah perlumbaan anjing Greyhound yang dimulakan seawal tahun 1912. Pacapio pula adalah sejenis permainan tradisional yang diperkenalkan di Makau pada lewat zaman Dinasti Qing (1636-1912) apabila orang Guangdong amat gemar membuat pertaruhan pada burung merpati. Selain itu, terdapat juga permainan Tombola, yang menyerupai permainan bingo.

Makau, Julukan Kota Perjudian

Bukan setakat itu sahaja, bandar tersebut turut mengasaskan Macau Jockey Club, sebuah kelab yang mempunyai jurulatih, penunggang kuda dan pentadbir yang berwibawa untuk menyelia operasi perlumbaan kuda dan menguruskan perlumbaan mengikut piawaian antarabangsa. Semua kuda yang digunakan dalam perlumbaan tersebut diimport dari pelbagai negara. Sama ada menonton secara langsung atau menerusi siaran televisyen, ahli-ahli kelab dan orang awam boleh menyaksikan perlumbaan barisan utama di dalam bilik persendirian atau grandstan berhawa dingin. Perlumbaan tersebut dijadualkan berlangsung sepanjang tahun, kecuali waktu rehat pada musim panas, dengan stadium yang menyediakan katering bercita rasa Cina dan Barat kepada pelanggan terhormat.

Makau, Julukan Kota Perjudian

Beberapa kasino utama di Makau, yang menawarkan perkhidmatan bas ulang-alik percuma, turut menyediakan pelbagai pilihan hiburan untuk para pengunjung. Mesin slot adalah bentuk hiburan yang sangat popular di kebanyakan kasino. Pengunjung boleh menghabiskan masa berjam-jam untuk menguji minda. Bilik-bilik istirahat (lounge) menawarkan perkhidmatan katering 24-jam dengan hidangan ringan tanpa henti. Kelayakan umur di sisi undang-undang untuk masuk ke kasino di Makau adalah 21 tahun.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin