Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Tanah Bencah Xixi, Pengenalan Baharu Hangzhou

2016-06-16 17:09:00

Tanah Bencah Xixi, Pengenalan Baharu Hangzhou

Taman  Tanah Bencah Negara Xixi di bandar Hangzhou telah disenaraikan dalam kumpulan kedua setem biasa “China Nan Indah” kerana landskap tanah lembap yang istimewa dan status yang semakin tinggi di persada antarabangsa.

Pos China telah mengeluarkan setem khas Taman Tanah Bencah Negara Xixi pusingan pertama pada 12 Mei lalu, yang merupakan kumpulan kedua setem biasa "China Nan Indah” dengan setiap set mengandungi empat keping setem yang berukuran 40mm x 30mm. 

Setem Tanah Bencah Xixi menjadi setem yang dijual dengan harga paling tinggi, iaitu kira-kira RMB4.2.

Setem Tanah Bencah Xixi bukan sahaja merupakan setem biasa Pos China yang pertama mengandungi ciri keistimewaan Hangzhou, malah merupakan setem kedua yang mengandungi elemen istimewa provinsi Zhejiang selepas setem “Kediaman Zhejiang” yang dikeluarkan pada tahun 1986.

Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) bakal diadakan di bandar Hangzhou. 

Pada ketika itu, bandar tersebut akan menonjolkan imej yang indah di mata dunia. 

Setem Tanah Bencah Xixi bukan sahaja akan memikul tugas sebagai penghubung di dalam dan di luar negara, menjadi jambatan persahabatan antara China dengan negara-negara lain, malah memainkan peranan penting sebagai pendorong untuk menyebarluaskan pengaruh Hangzhou dan mempamerkan keindahan Zhejang.  

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tanah bencah Xixi semakin digemari oleh pelancong dari dalam dan luar negara berikutan kaya dengan sumber ekologi, selain mempunyai pemandangan alam semula jadi yang mempesona dan kebudayaan yang diwarisi sejak turun-temurun. 

Oleh itu, tanah bencah Xixi kini telah menjadi pengenalan baharu bagi bandar Hangzhou.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin