Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Hayati Cita Rasa Makau

2016-06-03 15:59:08

Masakan Makau

Masakan Makau adalah kombinasi masakan Portugis dan masakan Cina, dengan menggunakan ramuan dan perasa dari negara-negara Eropah, Afrika dan Asia Tenggara.

Hayati Cita Rasa Makau

Teknik memasak adalah seperti menggoreng, membakar dan memanggang, yang sejarahnya melebihi daripada 450 tahun. Bahan perisa seperti kulit kayu manis digunakan untuk merempahi pelbagai masakan, manakala santan kelapa ditambah untuk memperkuat aroma dan rasa.

Hayati Cita Rasa Makau

Lama-kelamaan, kombinasi masakan tersebut sudah disesuaikan dengan deria rasa orang Makau. Hidangan istimewa yang paling terkenal adalah ayam Afrika dan udang pedas Makau.

Masakan Cina

Hayati Cita Rasa Makau

Makau menampilkan pelbagai jenis makanan dari serata wilayah Tanah Besar. Itik panggang adalah masakan terkenal dari Beijing, manakala roti kukus dengan pengisian daging kisar, wonton dan ketam air tawar adalah hidangan terkenal Shanghai. Penggemar makanan pedas boleh mencuba stimbot, iaitu hidangan terkenal dari Sichuan.

Hayati Cita Rasa Makau

Hayati Cita Rasa Makau

Apabila datang untuk Yum Cha (secara literal "minum teh"), kebanyakan hotel dan restoran di Makau menyediakan hidangan istimewa Dim Sum (ladu kukus diisi dengan udang), Shiu Mai (ladu kukus diisi dengan daging dan udang) dan Tsun Guen (roti gulung goreng udang dan sayur-sayuran). Hidangan Guangdong lain yang amat popular termasuk daging panggang, makanan laut dan hidangan lembut.

Masakan Antarabangsa

Hayati Cita Rasa Makau

Makau merupakan pilihan yang baik untuk menjamu selera dengan masakan antarabangsa. Kepelbagaian mampu membuatkan pelawat rambang mata ketika hendak memilih lokasi restoran yang menyajikan hidangan yang lazat.

Hayati Cita Rasa Makau

Hotel-hotel utama terkenal dengan menyediakan hidangan bufet; medan selera menawarkan pelbagai jenis makanan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengunjung; restoran bintang Michelin menyajikan masakan antarabangsa yang disediakan oleh ketua tukang masak bertaraf dunia.

Hayati Cita Rasa Makau

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin