Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Bandar Hsinchu, Taiwan

2016-05-25 09:55:12

Bandar Hsinchu, Taiwan

Bandar Hsinchu, Taiwan

Daerah Hsinchu berceranggah dengan pemandangan menghijau yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Bandar Hsinchu yang diasaskan pada tahun 1733, merupakan bandar tertua di utara Taiwan. Bandar ini berada di dataran iris berhampiran persisiran dan menjadi kebanggaan Taiwan sebagai 'Windy City' atau Bandar Berangin. Muzium Kaca Hsinchu alah bangunan warisan Jepun yang telah dinaik taraf. Ia mempamerkan sejarah kesenian kaca dan industri komersil kaca di bandar ini sejak sekian lama.

Bandar Hsinchu, Taiwan

Bandar Hsinchu, Taiwan

Dari kaca ke silikon, mari menuju ke Silicon Valley di hujung timur bandar, Taman Sains Hsinchu. Dibangunkan pada 1981, inilah pusat teknologi Taiwan untuk produk komputer, kamera digital, optoelektronik dan banyak lagi cabang teknologi. Taman ini merupakan model asal yang diaplikasikan bagi taman-taman teknologi lain di China. Pihak pentadbir turut menyediakan sesi lawatan berbahasa Inggeris dalam kompleks ini.

Bandar Hsinchu, Taiwan

Tempat lain yang menjadi tumpuan ramai ialah Leofoo Village, taman hiburan dan safari yang luas. Terdapat pelbagai kereta api luncur dan permainan yang mengujakan untuk kanak-kanak dan golongan dewasa, bertemakan Arab yang eksotik, Asia Tenggara, Pasifik Selatan dan koboi Amerika. Naiki kereta api di Neiwan Branch Railway Line yang melalui landasan sempit dan curam ke puncak berbukit dari Bandar Hsinchu. Bandar Neiwan padat dengan penduduk Hakka. Anda dapat menikmati keindahan alam semula jadi dengan merentasi Jambatan Gantung Neiwan dan menjamu selera di restoran-restoran Hakka. Anda pasti seronok melihat jalan-jalan dibarisi patung-patung karakter lucu dari buku komik yang popular seperti Brother A-San dan Great Auntie, ciptaan anak jati tempat ini, Liu Xing-qin. Lokasi menarik yang lain ialah bandar Beipu di Jalan Lama dan laluan trek Tasik Emei yang mempesonakan. 

Bandar Hsinchu, Taiwan

Leafoo Village

Alamat: 60, Gongzigou, Guanxi Township, Hsinchu Count

Tel: 886-3-547-5665

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin