Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Mendekati Nanjing

2016-05-20 12:08:38

Nanjing, yang terletak di timur China, adalah sebuah bandar yang menggabungkan elemen nostalgia dengan fesyen. 

Anda pasti merasainya tatkala bermain-main dengan batu sungai yang cantik, mendengar dialek tempatan, menikmati hidangan autentik  Minguo iaitu zaman Republik China (1912-1949) dan membaca di dalam kedai buku "Librairie Avant-Garde". 

Nanjing merupakan kota purba yang mengimbau semula nostalgia zaman Republik China.

Mendekati Nanjing

Kedai Buku Paling Indah

Sebelum dipilih oleh CNN sebagai “kedai buku paling indah di China”, tidak ramai yang tahu akan kewujudan kedai buku “Librairie Avant-Garde” di Nanjing. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Librairie Avant-Garde terus mengorak langkah dengan pembukaan kedai buku sejarah pejabat Presiden, Akademi Minguo dan kedai buku Muzium Nanjing untuk mencipta budaya membaca buku melalui destinasi pelancongan yang berorientasikan kebudayaan. 

Pada Hari Kebangsaan 2013, Librairie Avant-Garde membuka kedai buku sejarah Istana Meiling (Alamat: No. 9 Zhongshanling). Istana Meiling yang berdinding kuning dan berjubin hijau itu digelar "vila pertama di Timur Jauh”. 

Di dalam vila itu, kita boleh melihat lukisan-lukisan tradisional yang dilukis oleh Soong Meiling, isteri Presiden Republik China, Chiang Kai-shek serta boleh membeli teh Meiling, poskad yang bercirikan Minguo dan pelbagai produk hasil kreativiti.

Mendekati Nanjing

Parti Tema

Jika suka akan haiwan kesayangan, pergilah ke kedai kopi Pussy Cat yang terletak di Jalan Zhujiang. 

Kedai tersebut merupakan kedai kopi pertama yang berkonsepkan kebajikan dan menggunakan kucing sebagai tema di seluruh negara. 

Lebih sepuluh ekor kucing bakal menanti kehadiran anda, selain turut menyediakan tutorial untuk mengusap kucing. 

Kalau anda suka akan mana-mana kucing, anda boleh memohon untuk mengambil kucing tersebut sebagai haiwan peliharaan. 

Syarikat Kertas Meida yang terletak di Jalan Shengzhou merupakan bangunan lama yang terkenal di Nanjing dan pernah menjadi bangunan tertinggi di bahagian selatan Nanjing. 

Kini, bangunan tersebut menjadi dewan pameran kebudayaan yang mempamerkan poster filem lama dan fotografi pegun.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin