Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Pekan Eksotik di Beijing

2016-04-21 10:54:15

Setiap kota memiliki daya tarikan yang tersendiri selain menonjolkan ciri-ciri yang istimewa.  Setiap hari bergelut dengan hiruk-piruk di bandar dan kehidupan yang sering diburu kesibukan yang tidak pernah berhenti. Sekarang tiba masanya untuk berehat. Pada musim bunga ini, berkunjunglah ke pekan kecil yang selesa atau carilah satu tempat yang menyenangkan untuk menikmati musim bunga yang mempesona. Di sekitar Beijing, terdapat beberapa pekan kecil yang istimewa. Marilah menyaksikan gaya eksotik bandar Beijing!Berhampiran dengan Makam Diraja Dinasti Ming, daerah Changping, terdapat sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai Vila Yinxiang atau Pekan Alpine.

Pekan Eksotik di Beijing

Vila Yinxiang

Di situ, gunung menghijau, jalan-jalan berliku, bangunan bergaya seni bina Eropah, langit membiru dan awan memutih. Sesiapa yang berkunjung ke sana seolah-olah memasuki syurga tersembunyi yang hanya boleh dilihat pada lukisan.  

Alamat : No. 26, Kampung Yanzikou, pekan Changling, daerah Changping, Beijing  

Pekan Eksotik di Beijing


Pekan Xizhen, Yanqing

Pekan Xizhen merupakan pekan kecil dengan gaya Amerika Syarikat (AS). Lebuh raya no. 66 yang bergulung-gulung, vila kayu yang klasik dan elegan, hiasan dalaman dengan gaya India serta taman bunga yang menjadi tempat untuk menyaksikan bintang-bintang di langit seolah-olah membawa anda ke sebuah pekan di bahagian barat AS. 

Jalan komersial Xizhen merupakan tempat yang paling sibuk. Pusat peranginan yang bergaya AS, gereja dan deretan kedai kecil yang unik bukan sahaja menyediakan kemudahan yang lengkap, malah merupakan tempat yang paling digemari oleh setiap pelancong.

Alatmat: barat Guyaju, daerah Yanqing, Beijing  

Pekan Eksotik di Beijing

Pekan Air Gubei

Apabila anda datang ke pekan air Gubei, anda mungkin akan berasa seolah-olah berada di Wuzhen, kampung air di selatan Sungai Yangtze. 

Sungai, rumah lama, langit membiru, awan memutih dan pokok-pokok poplar yang menjulang tinggi menghasilkan landskap seindah syurga yang tidak boleh disia-siakan.  

Alamat: kampung Simatai, pekan Gubeikou, daerah Miyun, Beijing


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin