Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Bandar Tainan, Taiwan

2016-01-27 16:10:56

Bandar Tainan, Taiwan

Selama 38 tahun mereka menjajah bandar Tainan, Taiwan, kerajaan Belanda bukan sahaja berdagang dan mengenakan cukai, malah turut membina dua buah kubu yang kini menjadi tarikan pelancong.

Puting beliung dan gempa bumi telah merosakkan kubu-kubu tersebut, namun tidak memusnahkan Kubu Zeelandia di daerah Anping yang menjadi peninggalan sejarah Belanda pada zaman abad ke-l7. Sebelum melawat ke muzium cantik di sini, amati kubu berdinding besar yang dibina daripada batu bata dan batu karang serta panjatlah menara pengawal untuk melihat pemandangan kota raya dan kawasan persisiran dari jauh.

Bandar Tainan, Taiwan

Kubu Provintia telah lama runtuh, namun di atasnya berdiri megah dua buah pagoda yang dibina pada abad ke-19. Taman di sekitar halaman pagoda begitu indah dan cukup sesuai untuk bersantai sambil menikmati kopi pada waktu petang.

Selama 212 tahun, Tainan menjadi pusat kerajaan, pendidikan dan kebudayaan di provinsi Taiwan. Kuil Konfucius yang merupakan bangunan klasik paling cantik di Taiwan kini telah berusia berkurun lamanya.

Bandar Tainan, Taiwan

Jepun yang menjajah provinsi Taiwan dari tahun 1895 ke 1945 telah meninggalkan beberapa tinggalan sejarah seperti Muzium Kesusasteraan Negara Taiwan (National Museum of Taiwanese Literature) dan Dewan Mesyuarat Lama Taiwan (Former Taiwan Meeting Hall).

Berbanding dengan keheningan tempat ini, gedung beli-belah dan pasar-pasar malam sentiasa hiruk-pikuk dengan para pengunjung. Makanan tempatan yang digemari di sini ialah telur goreng tiram.

Bandar Tainan, Taiwan

Daerah Rende memiliki dua tarikan kebudayaan. Kampung Kebudayaan Sepuluh Dram (Ten Drum Culture Village) terletak di kilang gula lama. Kampung tersebut merupakan pangkalan bagi Kumpulan Kesenian Genderang Sepuluh Dram (Ten Drum Art Percussion Group). Kumpulan ini sering mengadakan persembahan yang hebat dengan kombinasi muzik moden dan tradisional yang layak memenangi anugerah.

Muzium Chi Mei berbeza daripada muzium-muzium di Tanah Besar China. Muzium tersebut kurang mempamerkan sejarah bangsa Han China atau kebudayaan orang asli. Muzium Chi Mei lebih banyak menampilkan koleksi Eropah seperti peralatan muzik, senjata, baju perisai, lukisan minyak dan arca.

Bandar Tainan, Taiwan

Taman Negara Taijiang

Taman Negara Taijiang merupakan taman negara China yang terkini. Taman negara tersebut meliputi banyak tapak bersejarah tinggalan penjajah Belanda dan Koxinga, jeneral China yang menghalau mereka dari Taiwan, serta kawasan-kawasan ekologi yang penting.

Lagun-lagun di daerah Qigu menjadi habitat spesies burung pada musim sejuk yang jarang-jarang ditemukan, iaitu Black-faced Spoonbill yang cantik. Hampir 200 spesies burung dapat dilihat, kebanyakannya berkumpul di dataran garam yang telah ditinggalkan, salah satu landskap yang menarik di taman ini.

Bandar Tainan, Taiwan

Para pengunjung yang suka akan pemandangan laut, bolehlah mengunjungi Kawasan Pemandangan Negara Persisiran Barat Daya (Southwest Coast National Scenic Area). Kawasan Pemandangan Negara Siraya (Siraya National Scenic Area) yang meliputi kawasan pedalaman Tainan, didedikasikan khas untuk puak Siraya, puak orang asli yang sudah lama pupus, dan suatu ketika dahulu pernah menetap di sini.

Bandar Tainan, Taiwan

Di kawasan kaki gunung yang menawan terdapat perkampungan petani yang memukau mata, daerah penanaman buah-buahan dan tempat takungan air yang istimewa. Di Wushantou, para pengunjung boleh mempelajari kaedah Jepun dalam memajukan ekonomi Taiwan. Di sekitar Guanziling dan Dongshan, mereka boleh menikmati kopi daripada bijian kopi yang ditanam di sini dan berendam dalam kolam lumpur air panas.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin