Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Ningbo, Bandar Seribu Kisah

2016-01-20 17:38:37

Ningbo, Bandar Seribu Kisah

Bandar Ningbo, provinsi Zhejiang merupakan perkampungan air tipikal dan bandar pelabuhan di selatan Sungai Yangtze, yang turut merupakan kuala bahagian selatan Terusan Besar China, dan salah sebuah pelabuhan di sebelah Timur Laluan Sutera Maritim.

Antaranya, Pelabuhan Ningbo dipilih oleh majalah Containerizations Britain, majalah yang berprestij dalam industri perkapalan dan pelabuhan antarabangsa, sebagai salah sebuah daripada lima pelabuhan terbaik di dunia.

Pada kira-kira 7 ribu tahun yang lalu, leluhur kami yang hidup di sini telah mencipta budaya Hemudu yang cemerlang.

Ningbo, Bandar Seribu Kisah

Pavilion Tianyi

Di Ningbo, anda dapat merasai maksud sebenar "tempat baik lahirkan insan cemerlang".

Tanah yang subur sejak zaman purba ini memiliki kebudayaan yang diwarisi sejak turun-temurun.

Kedahagaan orang pada zaman dahulu terhadap kebudayaan dan pengetahuan dapat dibuktikan di Pavilion Tianyi.

Pavilion Tianyi yang terletak di pusat bandar Ningbo merupakan bangunan simpanan buku paling lama yang masih teguh di China dan juga perpustakaan tertua di Asia.

Pavilion yang meliputi kawasan seluas 26 ribu meter persegi ini dibina pada zaman Dinasti Ming.

Ningbo, Bandar Seribu Kisah

Jalan Lama Nantang

Jalan Lama Nantang yang terletak di luar gerbang selatan kota purba Ningbo, disenaraikan dalam Lapan Jalan Bersejarah Ningbo.

Jalan yang penuh unsur-unsur budaya setempat ini, masih mengekalkan jalan dan lorong tradisional sepanjang lebih 500 meter serta menggabungkan ciri-ciri sejarah jalan purba dengan gaya seni bina yang istimewa.

Pada fasa pertama, terdapat lebih 20 buah kedai dibuka di jalan ini, khususnya kedai makanan dan minuman. Selain itu, terdapat banyak kedai makanan tradisional Ningbo membuka cawangan di sini.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin