Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Rasai Pesona Sejati Shanghai

2015-12-25 15:20:37

Rasai Pesona Sejati Shanghai


1.  Nikmati Pemandangan Indah Sungai Huangpu

Xuhuibinjiang yang terletak di tebing Sungai Huangpu merupakan jeti yang amat sibuk pada zaman dahulu. 
Kini, kawasan tersebut sudah dibaik pulih dan menjadi destinasi pelancongan untuk menikmati pemandangan di sungai. 

Sesetengah menara kren dan gudang kuno masih dipelihara di situ sebagai bukti betapa sibuknya jeti tersebut pada zaman dahulu. 
Selain pelancong, penduduk tempatan juga gemar bersiar-siar di situ. 

Rasai Pesona Sejati Shanghai

2. Jalan Cheongsam

Nama rasmi bagi Jalan Cheongsam ini sebenarnya ialah Jalan Changle. 
Terdapat banyak kedai Cheongsam yang amat bersejarah di jalan ini. Ramai pelancong gemar membeli, malah menempah Cheongsam di situ. 

Rasai Pesona Sejati Shanghai

3. Taman Hiburan Jinjiang

Roda Ferris di Taman Hiburan Jinjiang merupakan salah satu mercu tanda bagi Shanghai, yang turut menambah suasana romantik di bandar raya ini. 
Roda Ferris yang tingginya 108 meter itu merupakan roda Ferris paling tinggi di Shanghai. 
Dengan menaiki roda Ferris itu, pengunjung boleh menyaksikan panorama bandar raya Shanghai. 

Rasai Pesona Sejati Shanghai

4. Taman Wendao

Taman Wendao terdiri daripada kompleks bangunan kuno yang masih dipelihara dengan sempurna. Berada di situ, seolah-olah membawa diri ke zaman lampau. 
Taman Wendao juga tempat yang baik untuk menonton opera tradisional sambil minum teh.

Rasai Pesona Sejati Shanghai

  
5. Minum Teh di Jalan Daxue
 

Terdapat banyak restoran, kedai cenderamata dan kedai buku di Jalan Daxue, Shanghai. Walaupun Jalan Daxue tidak sampai 1,000 meter dan lebarnya hanya 20 meter sahaja, namun jalan ini tetap mempunyai daya tarikan yang tersendiri kepada golongan muda, khususnya peminat karya seni. 

Rasai Pesona Sejati Shanghai

 6. Menaiki Bot Persiaran di Tasik Dingshan

Baik pada waktu pagi, mahupun pada waktu senja, Tasik Dingshan merupakan destinasi yang sesuai untuk dilawati sepanjang hari. 
Dengan menyewa sebuah bot persiaran sahaja, anda boleh bersantai sambil menyaksikan pemandangan yang mendamaikan jiwa di tasik berkenaan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin