Teluk Matahari dan Bulan yang terletak di bandar Wanning, provinsi Hainan, selatan China dikenali sebagai tempat luncur air yang menarik di China. Teluk Matahari dan Bulan terletak di kawasan tropika dan subtropika.
Purata suhu udara di sini kira-kira 26.5 darjah Celsius sepanjang tahun. Kualiti air laut di sini amat bagus, manakala purata ketinggian ombaknya pula dianggarkan 1 hingga 2 meter.
Bulan November hingga bulan Mac merupakan tempoh berlakunya ombak besar yang amat sesuai bagi peluncur air profesional, manakala bulan April hingga bulan Oktober kelazimannya hanya terdapat ombak kecil yang sesuai bagi peluncur amatur.
Teluk Matahari dan Bulan seumpama syurga bagi peminat luncur air.
Dua tahun lalu, Li Jing, seorang gadis dari Xinjiang yang bekerja di Shenzhen mahu belajar bermain luncur air setelah menonton sebuah filem.
Dia datang ke Teluk Matahari dan Bulan, tempat yang telah mengubah kehidupannya. Katanya, “selepas bermain luncur air, barulah saya dapat menikmati kehidupan yang sungguh hidup".
Ketika bermain luncur air, semuanya menjadi mudah dan senang, tanpa pencemaran di bandar, kesesakan lalu lintas dan tidak perlu berdepan dengan komputer yang sering memerah otak.
Li Jing meletakan jawatan yang dipegangnya sebelum ini dan kembali ke Teluk Matahari dan Bulan untuk menceburkan diri dalam bidang baharu, iaitu kelab luncur air profesional yang pertama di China.
Menurutnya, kadar peningkatan luncur air di China lebih pesat berbelas-belas kali ganda berbanding dengan di luar negara.
Kadar peningkatan luncur air paling cepat meningkat antara sukan-sukan lasak yang lain. Kadar ini mencatat 200 peratus hingga 300 peratus di China.
Di kelab ini, terdapat banyak staf profesional seperti Li Jing, dan banyak juga dalam kalangan peminat luncur air yang memberikan perkhidmatan secara sukarela.
Anna dari Finland, negara yang dikenali dengan salji dan ais di dunia, dulunya tinggal di bandar Shanghai dan tidak tahu terdapat tempat yang boleh bermain luncur air di China.
Dia datang ke Teluk Matahari dan Bulan setelah diperkenalkan oleh seorang rakan, yang menjadi sukarelawan di sini.
Kini, luncur air adalah antara sukan yang paling diminatinya.
Kata Anna, “melalui aktiviti ini kamu boleh berkenalan dengan ramai orang dan berkongsi pengalaman mereka. Kamu akan selalu bertemu dengan ramai orang semasa di laut, bukan seorang sahaja.”
Luncur air seumpama jambatan yang menghubungkan semua orang yang meminati aktiviti ini. Selain itu, turut menjadi tingkap untuk menuju ke dunia baharu. Banyak kanak-kanak tempatan berminat dengan sukan ini. Kelab tersebut akan mengajar mereka secara percuma.
Acara sukan ini dapat memperkaya pengalaman mereka. Sama seperti Li Jing, luncur air bukan sahaja acara sukan, malah suatu gaya hidup yang membantu kita memahami jenis-jenis manusia dan kemampuan mereka.