Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Snek Tempatan di Hong Kong

2015-12-09 16:39:47

Di Hong Kong, terdapat pelbagai jenis snek yang boleh didapati di gerai-gerai jalanan, di mana kelihatan barisan penunggunya yang agak panjang. Berikutnya adalah sebahagian daripada pilihan klasik:

Snek Tempatan di Hong Kong

Ban Nanas

Ban nanas sebenarnya tidak mengandungi buah nanas. Snek ini diberi nama sebegitu kerana bahagian atasnya menyerupai kulit buah nanas. Bahagian atas ban ini diperbuat daripada doh biskut dan bahagian bawah diperbuat daripada doh roti Cina. Rasanya lebih manis dan lebih lembut berbanding roti Barat.

Sesetengah penjual memotong roti panas itu di tengah-tengah, kemudian meletakkan mentega sejuk di dalamnya. Cubalah makanan kegemaran penduduk Hong Kong ini!

Snek Tempatan di Hong Kong

Tat Telur

Snek yang amat popular di Hong Kong ini berasal daripada desert British, iaitu tat kastard.

Pastri ini akan diisi dengan kastard telur sebelum dibakar. Sesetengahnya diperbuat daripada doh biskut, manakala yang lain mempunyai rasa yang rangup, yang dikenali sebagai Tat Telur Portugis.

Snek Tempatan di Hong Kong

Kuih Bini

Kononnya, seorang suami dari Teochew berasa bangga dan bahagia kerana memiliki bini yang pandai membuat sejenis pastri yang diisi dengan pes kundur. Jadi, dia menamai makanan ini “kuih bini”.

Nama “kuih bini” itu kekal digunakan hingga kini. Hari ini, pastri terebut boleh dibeli di kedai-kedai bakeri Cina di seluruh bandar ini.

Snek Tempatan di Hong Kong

Paf Telur Kecil

Adunan telur yang manis digril dengan acuan untuk menjadikkannya sebagai paf. Rangup di luar, lembut di dalam. Selain rasa krim, paf ini juga berperisa coklat, strawberi dan kelapa.

Snek Tempatan di Hong Kong

Kuih Gula Putih

Pastri tradisional yang berasal dari Shunde, provinsi Guangdong ini diperbuat dengan mengukus campuran doh tepung beras, gula putih, air dan ragi. Rasanya manis dan sedikit masam, yang teksturnya lembut dan berspan.

Snek Tempatan di Hong Kong

Put Chai Ko

Put Chai Ko atau lebih dikenali sebagai “puding beras pulut”, diperbuat daripada tepung beras dan kacang merah. Kesemua bahan tersebut dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk kecil. Apabila sedia untuk dihidangkan, puding itu boleh diangkat dari mangkuk dengan kayu kecil dan dimakan seperti aiskrim batang. Kini, snek tradisional tersebut mempunyai cita rasa yang baharu seperti labu dan teh hijau.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin