Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Bandar Taitung, Taiwan

2015-12-01 13:57:34

Beberapa tapak perindustrian di Taiwan, China telah diubah menjadi pusat kebudayaan. Salah satu yang paling berjaya ialah Kilang Pemprosesan Gula Dulan(Dulan Sugar Refinery). Kilang tersebut terletak 20 kilometer di utara bandar Taitung.

Kini, komuniti di sini kaya dengan penghasilan karya-karya artistik dan persembahan muzik pentas. Seperti namanya, Xiaoyeliu yang berada jauh sedikit ke selatan, menyerupai Yeliu Geopark di persisiran utara Taiwan. Namun, Xiaoyeliu tidak mempunyai banyak pengunjung. Kesan kombinasi unik geologi, cuaca dan hempasan ombak telah membentuk batu-batu pasir yang sangat menarik dan ganjil.

Sambil meneliti batu-batuan yang menyerupai susunan ketulan tauhu atau sarang lebah yang terbentuk akibat tiupan angin kuat, para pelawat diingatkan agar memandang ke arah laut, melangkaui Lautan Pasifik. Perhatikan betul-betul Pulau Hijau(Green Island). Feri-feri bertolak ke Pulau Hijau dari Pelabuhan Fugang yang hanya beberapa kilometer sahaja dari Xiaoyeliu.

Kira-kira 33 kilometer dari timur Taiwan, Pulau Hijau tampak suram dan terpencil, namun tetap menawan. Pulau tersebut terkenal dalam kalangan peminat snorkel dan skuba serta menjadi tempat orang buangan politik pada awal 1950-an hingga lewat 1980-an. Kini, pulau tersebut menjadi tarikan utama para peminat snorkel dan skuba serta pengunjung yang ingin berendam dalam kolam air panas masin yang hanya wujud beberapa buah sahaja di dunia. Populasi penduduk hanya beberapa ribu orang. Ternakan rusa dan biawak liar dapat dilihat di merata-rata tempat. Suasana pada malam hari amat istimewa. Para pelawat akan melihat persisiran pantai yang lengang. Mereka boleh menikmati pemandangan matahari terbenam dan kemunculan ribuan bintang tanpa gangguan.

Tamadun prasejarah yang telah wujud beribu tahun dahulu dikenali sebagai budaya etnik Beinan. Mereka berkampung di sekitar kawasan ini yang kini menjadi bandar Taitung. Sewaktu pembinaan stesen kereta api baru bermula di Taitung, usaha menggali dan mencari artifak tinggalan puak Beinan yang sudah lama pupus dijalankan dengan penuh dedikasi. Kisah penemuan ekskavasi dan apa-apa yang telah dipelajari oleh pakar arkeologi dipamerkan di Muzium Nasional Prasejarah. Muzium ini bukan sahaja menampilkan budaya Beinan, malah turut mempamerkan sejarah Taiwan serta aspek-aspek kehidupan manusia prasejarah di pulau ini dan kaum minoriti Austronesia di Taiwan yang masih wujud.

Pulau Orkid(Lanyu) sangat megah dengan keunikan budaya Austronesia yang masih wujud kerana kedudukan geografinya yang terpencil. Pulau Orkid menjadi destinasi para pengembara yang mencari pengalaman dengan hidup di alam semula jadi tanpa kemudahan mewah. Pelancong ekologi akan menyukai pulau ini yang menjadi habitat hidupan istimewa seperti kelawar Formosa besar yang makan buah-buahan dan burung hantu scops Lanyu. Kedua-duanya hanya boleh ditemukan di sini dan tiada di tempat lain di dunia. Kebanyakan orang asli Puak Yami membina rumah-rumah kalis taufan secara separa dalam tanah. Mereka membuat bot kayu yang digunakan pada waktu malam untuk menangkap spesies ikan terbang. Pantai-pantai kecil yang menarik dipisahkan oleh bongkah-bongkah batu yang berceranggah digelar Crocodile Rock, Tank Rock dan Twin Lions.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin