Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Kota Ais Harbin

2015-11-26 13:46:06

Kota Ais Harbin

Lokasi geografi yang terletak di timur laut China, menyebabkan curahan salji di Harbin tidak dapat ditandingi oleh tempat-tempat lain, sekali gus menjadikan kota ais ini syurga untuk para peminat permainan salji.

Pada bulan November, salji telah pun mula turun di Harbin. Sepanjang musim sejuk, bandar ini dipenuhi suasana kegirangan. 

Dengan ciptaan lampu ais, serta ukiran arca salji dan ais gergasi, tidak hairanlah Harbin dinobatkan sebagai "dunia salji”. 

Selain bermain salji, terdapat juga beberapa tarikan di bandar ini yang pasti akan menawan hati anda.

Central Avenue

Central Avenue yang mula dibina pada tahun 1898, merupakan simbol utama bandar Haerbin. 

Avenue yang panjangnya 1,450 meter dan lebarnya 21.34 meter ini telah diubah suai menjadi laluan pejalan kaki komersial yang pertama di China pada tahun 1997. 

Keseluruhan blok pejalan kaki seluas 94.05 hektar ini merupakan muzium seni bina awam yang pertama di China dan dikenali sebagai "muzium yang mengumpulkan koleksi 100 tahun gaya seni bina dan inti pati kesenian dunia". 

Bukan setakat itu sahaja, Central Avenue juga merupakan destinasi utama untuk membeli-belah, menghayati muzik dan bersantai.

Kota Ais Harbin

Katedral St. Sophia 

Katedral St. Sophia merupakan gereja yang dijaga paling sempurna dan menonjolkan gaya seni bina Byzantine di China. 

Katedral yang mula dibina pada tahun 1907 ini pernah menjadi Gereja Ortodoks yang terbesar di kawasan Timur Jauh. 

Walaupun berusia lebih seratus tahun, Katedral St.Sophia masih berdiri kukuh. 

Katedral yang tingginya 53.35 meter dan meliputi kawasan seluas 721 meter persegi ini merupakan mercu tanda bandar Harbin.

Alamat: No.88 Jalan Toulong, daerah Daoli, Harbin Harga tiket: RMB 20

Kota Ais Harbin

Ekspo Seni Arca Salji Antarabangsa

Ekspo Seni Arca Salji Antarabangsa yang mula diadakan di Pulau Mentari pada Disember 1988 merupakan tempat berasalnya seni arca salji China dan sebahagian  penting daripada Pesta Ais dan Salji Antarabangsa di Harbin. 

Eskpo tersebut juga antara produk pelancongan ais dan salji yang paling menarik di Harbin. 

Ekspo seni arca salji ini menawarkan tema yang tidak sama pada setiap tahun, dengan kawasan pertandingan berasingan untuk peserta antarabangsa dan domestik. 

Alamat : No.3 Jalan Jingbei kawasan peranginan Pulau Mentari, Daerah Songbei, Harbin Harga Tiket :RMB 240

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin