Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Liuzhou, Bandar Bersejarah Nan Indah

2015-11-19 16:57:12

Liuzhou, Bandar Bersejarah Nan Indah

Liuzhou terletak di kawasan tengah dan utara Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China. Bandar tersebut telah bersejarah lebih 2,100 tahun dan mempunyai pemandangan alam sekitar seperti gunung-ganang dan sungai yang indah sekali.

Terdapat lebih 30 etnik tinggal bersama-sama di bandar Liuzhou. Lagu etnik Zhuang, tarian etnik Yao, pesta etnik Miao dan bangunan etnik Dong dikenali sebagai “Empat Kepesonaan" bandar Liuzhou.

Bandar Liuzhou kaya dengan sumber tumbuh-tumbuhan. Produk pertanian bandar ini antaranya termasuklah beras, jagung, kacang tanah, tebu, ubi dan lebih 120 jenis sayur-sayuran serta lebih 20 jenis buah-buahan seperti limau, longan, pear, pic, pisang kaki dan lain-lain.

Liuzhou, Bandar Bersejarah Nan Indah

Bandar Liuzhou merupakan pusat pengangkutan yang komprehensif di bahagian barat dan selatan China. Pelabuhan Liuzhou yang terletak di sepanjang laluan bandar Wuzhou, Guangzhou, Hong Kong dan Makau boleh dilalui oleh kapal yang bermuatan 500 tan.

Bandar Liuzhou juga dikenali sebagai “Muzium Jambatan” kerana terdapat 18 jambatan yang beraneka bentuk dan gaya di bandar ini, iaitu Jambatan Liujiang, Jambatan Hedong, Jambatan Hudong, Jambatan Shuangchong, dan lain-lain.

Wilayah bandar Liuzhou terdiri daripada enam kaunti dan satu daerah, antaranya Kaunti Autonomi Dong Sanjiang, dan Kaunti Autonomi Miao Rongshui.

Jumlah keluasan bandar ini kira-kira 26,811 kilometer persegi.

Liuzhou, Bandar Bersejarah Nan Indah

Populasi bandar Liuzhou dianggarkan 3.14 juta orang dengan etnik minoriti menduduki 68.41 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi.

Penduduk tempatan sangat gemar meluahkan perasaan melalui lagu.

Terdapat pelbagai jenis lagu yang menarik seperti lagu cinta untuk golongan muda-mudi, lagu perkahwinan untuk pengantin baharu, lagu khas untuk upacara pengebumian, lagu untuk beribadat, dan lain-lain.

Liuzhou, Bandar Bersejarah Nan Indah

Tarikh 3 Mac merupakan tarikh bagi etnik Zhuang mengadakan pesta lagu. Penduduk tempatan suka meraikan pesta tersebut dengan mengadakan pertandingan nyanyian, seperti balas pantun di Malaysia.

Sekiranya anda melancong ke Liuzhou ketika pesta itu diadakan, anda pasti akan tertarik menyaksikan pelbagai gaya penduduk tempatan yang suka bernyanyi, malah nyanyian telah menjadi darah daging dalam kehidupan seharian mereka.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin