Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Ngong Ping 360 di Pulau Lantau

2015-11-10 11:16:14

Ngong Ping 360 di Pulau Lantau

Ngong Ping 360 merupakan destinasi pelancongan pilihan pertama bagi mereka yang ingin meneroka Pulau Lantau di Hong Kong. Perjalanan anda akan bermula dengan menaiki kereta kabel selama 25 minit dari Tung Chung. Cubalah "kabin kristal" yang cukup menarik. Kabin ini menawarkan pemandangan laut dan gunung hijau yang subur dari sudut pandangan mata burung. Sebaik-baik sahaja keluar dari kereta kabel, anda akan menampak Ngong Ping Village yang seluas 1.5 hektar. Di sana terdapat pelbagai kedai, gerai dan restoran yang menawarkan pengalaman membeli-belah dan makanan yang lazat. Jangan lupa mengikuti persembahan multimedia Walking with Buddha.

Ngong Ping 360 di Pulau Lantau

Big Buddha, Biara Po Lin, Ngong Ping Piazza dan Wisdom Path, kesemua tempat menarik tersebut hanyalah lima minit berjalan kaki dari Ngong Ping Village.

Akhiri perjalanan di Pulau Lantau dengan menyaksikan pemandangan indah matahari terbenam apabila anda menaiki kereta kabel untuk balik ke Tung Chung.

Pas Harian Udara-Darat-Air 360

Dengan memiliki Pas Harian Udara-Darat-Air 360 (360 Sky-Land-Sea Day Pass), anda boleh menjejakkan kaki ke seluruh pelosok Pulau Lantau dengan menaiki kereta kabel, bas dan bot. Menaiki bas di Ngong Ping Public Transport Interchange yang terletak bersebelahan dengan Ngong Ping Village untuk berkunjung ke perkampungan nelayan Tai O. Dari situ, anda boleh menaiki bot untuk melihat rumah-rumah terapung di atas air serta dolfin merah jambu.

Ngong Ping 360 di Pulau Lantau

Pakej dengan jurupandu dan tanpa jurupandu

Ngong Ping 360 menawarkan pakej dengan jurupandu dan tanpa jurupandu untuk pakej lawatan sehari di Pulau Lantau. Daripada perjalanan romantik hinggalah secara berkumpulan, pakej ini termasuk kereta kabel, bas dan bot, iaitu semua pengangkutan yang diperlukan untuk meneroka Pulau Lantau.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin