Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Bandar Taichung, Provinsi Taiwan

2015-11-03 15:06:33

Bandar Taichung, Provinsi Taiwan

Bandar Taichung, Provinsi Taiwan

Bandar Taichung bukan sahaja merupakan bandar pusat ekonomi, lalu lintas dan kebudayaan di bahagian tengah provinsi Taiwan, China, malah merupakan bandar ketiga terbesar di Taiwan.

 Bandar Taichung, Provinsi Taiwan

Antara bangunan-bangunan penuh gaya di Taichung, Fun Sound Station atau Stesen Bunyi Riang mempunyai sejarah yang paling lama. Stesen yang dibina pada tahun 1935 itu direka bentuk dengan seni bina art deco dan bercirikan istana. Kini, stesen tersebut menjadi binaan yang paling digemari oleh para pengunjung untuk mengambil gambar dan bersantai sambil menikmati secawan kopi. Pameran-pameran tentang sejarah penyiaran dan kesenian sentiasa diadakan di bangunan ini.

Muzium Sains Semula Jadi Negara merupakan muzium yang canggih dan amat sesuai untuk dikunjungi kanak-kanak. Bahan-bahan pameran yang diketengahkan terdiri daripada bidang geosains and biologi. Muzium ini pernah menjadi hos kepada tiga atau lebih pameran yang bertemakan Jalan Sutera. Taman Botani yang terletak bersebelahan dengan muzium ini merupakan rumah hijau yang berbentuk kubah gergasi. Di dalamnya terdapat ekosistem hutan yang lengkap termasuk air terjun! 

Bandar Taichung, Provinsi Taiwan

Jalan Utama Jingming merupakan lorong pejalan kaki yang dibina sepanjang 130 meter, dibarisi kedai-kedai kecil bagi membolehkan anda menikmati budaya kopi ala Eropah. Suasana di sini cukup romantik. Jadi, tidak hairanlah sekiranya para pengunjung meluangkan lebih banyak masa untuk bersantai di sini daripada yang dijangkakan.

Bandar Taichung, Provinsi Taiwan

Universiti Tunghai, universiti swasta pertama di Taiwan, juga digelar kampus yang paling indah di provinsi tersebut. Universiti tersebut sentiasa menarik kedatangan ramai pengunjung. Jalan-jalan di sekeliling universiti membentuk kawasan kejiranan yang amat menarik di Taichung. Jalan Seni Tunghai yang berturap batu bata dan dipenuhi dengan gerai-gerai seni kraf tangan menawarkan ketenangan dan peluang untuk membeli pelbagai barangan seni kraf tangan yang unik.

Bandar Taichung, Provinsi Taiwan

Bandar Taichung, Provinsi Taiwan

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin