Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Destinasi Pelancongan Menarik di Urumqi

2015-10-27 15:37:10

Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang merupakan salah sebuah bandar utama di bahagian barat China, dan juga pusat perdagangan antarabangsa yang terbuka kepada negara-negara di Asia Tengah dan Asia Barat. Urumqi juga merupakan salah sebuah bandar yang penting di Jalan Sutera sejak dahulu kala. 

Urumqi didiami lebih 3.5 juta penduduk yang terdiri daripada 52 etnik antaranya termasuklah etnik Han, Uygur, Kazak dan Hui. 

Terdapat banyak destinasi pelancongan yang berbaloi untuk dilawati di bandar ini.

Destinasi Pelancongan Menarik di Urumqi

Taman Hongshan

Hongshan atau Gunung Merah yang tingginya 910.8 meter dari paras laut, menjadi mercu tanda bagi bandar Urumqi. 

Gunung yang terdiri daripada batu glutenite berwarna merah tua ini kelihatan seolah-olah seekor naga raksasa yang berbaring dari arah timur ke barat. 

Taman Hongshan amat berbaloi untuk dilawati, khususnya bagi pendaki gunung.

Destinasi Pelancongan Menarik di Urumqi

 2. Bazar Antarabangsa 

Bazar Antarabangsa Urumqi bukan sahaja merupakan bazar yang terbesar di bandar ini, malah diibaratkan sebagai “jendela Xinjiang” kerana mempamerkan pelbagai keunikan Xinjiang dari segi kebudayaan, seni bina dan adat resam kepada para pengunjung. 

Bazar yang terdiri daripada bangunan bercirikan seni bina Islam ini, merupakan tempat yang wajib dilawati pelancong.   

Destinasi Pelancongan Menarik di Urumqi

3. Lurah Xibaiyang 

Lurah Xibaiyang di Gunung Nanshan merupakan destinasi makan angin yang amat terkenal di Urumqi. Lurah ini juga merupakan ladang ternak bagi lembu dan kambing. 

Lurah Xibaiyang mempunyai pemandangan hutan dan bukit bukau yang amat indah. Selain itu, terdapat air terjun selebar dua meter dengan ketinggian melebihi 40 meter di situ. 

Tasik Tianchi yang terletak pada ketinggian 1,980 meter dari paras laut, merupakan salah sebuah tasik di kawasan pergunungan yang amat terkenal di dunia. 

Destinasi Pelancongan Menarik di Urumqi


4. Tasik Tianchi

Tasik Tianchi terbentuk hasil daripada pergerakan bumi yang berlaku pada lebih dua juta tahun lalu. Tasik ini dikenali sebagai “Kolam Yao” pada zaman dahulu.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin