Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Beijing, Tuan Rumah Kongres Rekreasi Dunia 2020

2015-10-19 11:09:46

Beijing, Tuan Rumah Kongres Rekreasi Dunia 2020

Pertubuhan Rekreasi Dunia baru-baru ini mengumumkan bahawa Beijing dipilih menjadi tuan rumah Kongres Rekreasi Dunia 2020.

Bandar ini akan mengambil peluang tersebut untuk membangunkan industri rekreasi dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan.

Pertubuhan Rekreasi Dunia yang ditubuhkan lebih 50 tahun lalu, merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan. 

Kongres Rekreasi diadakan dua tahun sekali bermula pada tahun 1988 dan telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, Brisbane, Australia, Hangzhou, China, Quebec, Kanada, Chuncheon, Korea Selatan, Rimini, Itali, dan bandar Teluk Mobile, Amerika Syarikat (AS).

Kongres Rekreasi menjadi platform kepada bandar tuan rumah untuk mempamerkan pembangunan sosial, budaya dan ekonomi bandar berkenaan kepada komuniti tempatan dan masyarakat antarabangsa.

Beijing, Tuan Rumah Kongres Rekreasi Dunia 2020

Dewan Negara China telah meluluskan permohonan Beijing untuk mendapatkan hak penganjuran Kongres Rekreasi 2020 pada bulan Januari lalu.

Laporan permohonan bandar Beijing telah diserahkan kepada Pertubuhan Rekreasi Dunia pada bulan Mei lalu. Selepas melalui proses soal jawab dan sesi taklimat tentang kelebihan dan sasaran Beijing menganjurkan kongres ini, daerah Pinggu, Beijing akhirnya berjaya memperoleh hak penganjuran.

Pusat Pameran Antarabangsa Tasik Jinhai yang sedang dalam pembinaan merupakan lokasi utama kongres berkenaan.

Pada ketika itu, kira-kira 1,000 orang perwakilan dari universiti, pertubuhan akademik dan persatuan perusahaan akan menghadiri kongres tersebut.

Beijing, Tuan Rumah Kongres Rekreasi Dunia 2020

Sebanyak 16 aktiviti rekreasi seperti pesta sukan air, festival penerbangan, pesta makanan dan pameran budaya tradisional China turut diadakan.

Selain itu, Ekspo Industri Rekreasi yang turut diadakan diharap dapat mempromosikan produk rekreasi di dalam dan di luar negara.

Difahamkan, kongres kali ini bertemakan "Rekreasi Meningkatkan Kualiti Kehidupan".

Pihak penganjur akan menggunakan kemudahan yang sedia ada dan meningkatkan keefisienan penggunaan sumber.

Dalam pada itu, konsep "semua kawasan, serba musim dan semua yang terlibat dalam kegiatan rekreasi" turut diperkenalkan sempena kongres kali ini.

Daerah Pinggu, timur kawasan luar bandar Beijing, adalah antara kawasan pemuliharaan alam sekitar di bandar ini dan kaya dengan sumber rekreasi.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin