Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Tarikan Bertema di Hong Kong: Bahtera Noh

2015-10-15 15:38:26

Tarikan Bertema di Hong Kong: Bahtera Noh

Noah's Ark Hong Kong atau dikenali Bahtera Noh, terletak di Pulau Ma Wan di kawasan dermaga New Territories, menghadap Rambler Channel dan Tsing Ma Bridge. Melihatnya seumpama merenung sebuah bahtera yang sebenar. Inilah satu-satunya replika bersaiz Bahtera Noh yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Tarikan bertema ini adalah destinasi terbaik buat keluarga untuk melakukan pelbagai aktiviti dalam persekitaran semula jadi yang selesa, di samping menyaksikan pameran mengenai budaya Ma Wan. Di sinilah hiburan dan pendidikan bergabung dalam pelbagai aktiviti yang menggalakkan kehidupan, nilai kekeluargaan, alam sekitar dan nilai-nilai positif.

Tarikan Bertema di Hong Kong: Bahtera Noh

Taman Ark

Pelawat boleh melihat 67 pasang ukiran haiwan bersaiz sebenar secara dekat.

Tarikan Bertema di Hong Kong: Bahtera Noh

Ark Expo

Ark Expo membolehkan pelawat memperoleh pengalaman multimedia interaktif dengan kemudahan canggih, seperti skrin lebar dan teater 4D, untuk menyaksikan pameran eksotik yang mempamerkan kehebatan hidupan bumi.

Solar Tower

Pelawat boleh menyaksikan aktiviti pada permukaan matahari melalui teleskop 350mm. Solar Tower menawarkan pelbagai pameran solar dan astronomi yang mana pelawat boleh belajar mengenai sistem solar dan memahami dengan lebih mendalam tentang alam semesta.

Treasure House

Treasure House mempunyai 15 permainan interaktif mengenai rutin hidup, pembangunan pelbagai kepintaran dan pembelajaran terbuka, menawarkan keseronokan dan pembelajaran baharu kepada kanak-kanak.

Ark Life Education House

Ark Life Education House adalah kemudahan pendidikan interaktif dengan permainan inovatif yang memaparkan keriangan dan cabaran dalam hidup.

Noah's Adventureland

Buaian Gergasi setinggi lapan meter, Tangga Besar 3D dan permainan memanjat lain memberikan pengalaman dan keseronokan. (Syarat minimum diperlukan: 20 orang, tempahan awal diperlukan)

Noah's Resort

Terletak di tingkat atas, Noah's Resort menawarkan penginapan selesa untuk percutian yang menenangkan. Dari sini, pelawat boleh menyaksikan alam semula jadi Noah's Ark dan menikmati minuman di kafe yang terletak berhampiran dengan pantai. Noah's Resort memberikan persekitaran yang tenang berbanding dengan kesibukan kota.

Solar Tower Camp

Kem ini menawarkan suasana senyap kepada pelawat yang ingin merasai gaya hidup ringkas. Bilik-bilik yang selesa menyediakan penginapan kepada 10 orang pelawat.

Nature Garden (Taman Ma Wan)

Nature Garden merupakan satu lagi tarikan utama di Taman Ma Wan. Ribuan pokok asal masih dipelihara di sini dan laluan di taman ini seolah-olah berada dalam landskap semula jadi. Heritage Centre mempamerkan tinggalan Ma Wan, dan stesen kincir angin yang menggunakan tenaga alternatif, membantu meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin