Bandar Taipei merupakan ibu kota provinsi Taiwan, China. Bandar Taipei merupakan pusat pentadbiran kerajaan, komersil, media massa, pendidikan dan juga "bandar dunia". Antara perindustrian yang utama di sini termasuklah peralatan elektronik, tekstil, logam, pembuatan kapal dan motosikal.
1. Menara Taipei 101
Menara Taipei 101, yang ketinggiannya 508 meter (kira-kira 1,671 kaki), amat terkenal di pusat bandar Taipei dan merupakan mercu tanda Taipei dan provinsi Taiwan. Pemandangan sangat menarik pada waktu malam dan para pengunjung juga dapat menikmati keindahan pemandangan 360 darjah bandar Taipei.
Taipei 101 merupakan bangunan pencakar langit yang mempunyai 101 tingkat. Bangunan tersebut direka oleh C.Y. Lee dan dibina oleh Syarikat Usaha Sama KTRT. Menara Taipei 101 pernah diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. Nama asalnya ialah Pusat Kewangan Dunia Taipei, berdasarkan nama rasminya dalam bahasa Mandarin, iaitu Pusat Kewangan Antarabangsa Taipei.
Menara Taipei 101 mempunyai 101 tingkat di atas tanah dan lima tingkat di bawah tanah.Menara ini dibuka secara rasmi pada 31 Disember 2004, sempena malam sambutan tahun baharu yang diadakan bersama-sama dengan pelbagai persembahan dan pertunjukan bunga api.
Menara tersebut mengandungi pasar raya setinggi enam tingkat, kedai-kedai, restoran, dan tarikan-tarikan lain antaranya termasuklah kelab malam.