Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Pelabuhan Nelayan Shipu, Pekan Purba Yang Istimewa

2015-09-18 11:43:58

Pelabuhan nelayan Shipu terletak di Xiangshan, bandar Ningbo, provinsi Zhejiang, timur China. Pelabuhan yang berbentuk bulan sabit ini berkeluasan 27 kilometer persegi dan boleh menampung berpuluh ribu buah kapal nelayan bersinggah. Kedalaman air pelabuhan dianggarkan antara 4 hingga 33 meter dan merupakan pelabuhan air dalam yang unik.

Di pelabuhan Shipu, air laut tenang dan pelabuhan ini merupakan satu daripada empat buah pelabuhan nelayan yang terbesar di China.

Pelabuhan Shipu merupakan pelabuhan yang bersejarah dan mempunyai pemandangan yang memukau.

Penduduk tempatan hidup sebagai nelayan dari satu generasi ke satu generasi. Oleh itu, mereka mempunyai budaya yang bercirikan laut dan budaya nelayan yang unik dan istimewa.

Walaupun zaman berubah, namun sekiranya anda bersiar-siar di sekitar jalan purba Pelabuhan Shipu, anda masih boleh melihat bangunan yang mempunyai seni bina Dinasti Ming (1368-1644) dan Dinasti Qing (1636-1912).

Tembok pekan dibina di sepanjang kawasan pergunungan. Jalan komersial banyak dibina pada zaman Dinasti Ming. Terdapat lebih 100 buah kedai di kedua-dua belah jalan komersial tersebut yang dibina sejak zaman dahulu.

Di belakang jalan masih wujud rumah lama penduduk tempatan. Kuil Guan Yu, iaitu kuil pahlawan pada zaman purba China telah bersejarah lebih 600 tahun.

Penduduk tempatan percaya pembinaan kuil tersebut boleh membawa cuaca yang baik dan menghalang ombak besar di laut. Astaka Xizi mencatat sejarah penduduk tempatan yang menghargai ilmu pada zaman dahulu. Rumah “Da Fu Di” merupakan rumah pegawai peringkat tinggi pada Dinasti Qing dan menonjolkan kekayaan keluarga mereka.

Pengarang terkenal China, Yu Qiuyu menyanjung Shipu sebagai “pekan purba yang hidup” kerana sejarah dan kesan tinggalan penduduk tempatan yang masih dipelihara dengan baik di pekan Shipu. Oleh itu, pekan tersebut mempunyai sumber pelancongan yang tinggi.

Kerajaan tidak memindahkan penduduk tempatan ke luar ketika meneroka destinasi pelancongan di pekan tersebut. Penduduk tempatan masih menetap di rumah nenek moyang mereka yang memiliki pemandangan yang mempesona.

Namun, disebabkan jalan purba yang kecil dan kedatangan pelancong yang kian meningkat, kehidupan seharian penduduk tempatan semakin mencabar. Percanggahan antara pekan purba dengan destinasi pelancongan masih belum diselesaikan dengan baik.  
 
 


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin