Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Deretan Binaan di Sekitar Victoria Harbour

2015-09-10 10:33:11

Keluasan tanah yang terhad menyebabkan Hong Kong meneruskan pembangunan "bertingkat". Bandar metropolitan di Asia ini mempunyai beribu-ribu bangunan pencakar langit dan bangunan ikonik yang memaparkan seni bina kontemporari antarabangsa.

Deretan Binaan di Sekitar Victoria Harbour

Bank of China Tower

Bank of China Tower setinggi 367.4 meter merupakan idea arkitek terkemuka, I.M Pei terhadap landskap "rimba pencakar langit" Hong Kong.

Bangunan yang memiliki 70 tingkat ini menempatkan ibu pejabat Bank of China di 1 Garden Road, Pulau Hong Kong.

Kemegahan bangunan tersebut terserlah melalui gabungan gaya seni bina tradisional China dengan aliran seni bina moden Eropah dan Amerika, dengan penerapan teknologi canggih, iaitu penggunaan kaca dan pelapis aluminium sebagai lapisan dinding luar.

Deretan Binaan di Sekitar Victoria Harbour

The Center

Bangunan The Center yang setinggi 350 meter dengan 80 tingkat itu kelihatan begitu gah kerana keseluruhan struktur bangunannya dibina daripada keluli. Pencakar langit yang diserikan dengan keindahan cahaya lampu neon itu cukup memukau pada waktu malam.

Deretan Binaan di Sekitar Victoria Harbour

Hong Kong Convention and Exhibition Centre

Dengan langsir kaca dan bumbung aluminium 40,000 meter persegi yang direka seperti seekor burung yang sedang terbang, Hong Kong Convention and Exhibition Centre adalah mercu tanda utama yang berlatarkan langit Pulau Hong Kong.

Dikenali di seluruh dunia sebagai HKCEC, bangunan yang menghadap Victoria Harbour ini menggunakan teknik pembinaan dari atas ke bawah untuk menangani cabaran keluasan tanah yang terhad. Pembinaan HKCEC telah menggunakan kaedah inovatif dan telah memenangi banyak anugerah industri.

Di peringkat antarabangsa, HKCEC dikenali sebagai pusat konvensyen dan pameran bertaraf dunia dan dipilih sebagai Pusat Konvensyen dan Pameran Terbaik Asia untuk kali kesembilan oleh anugerah industri pada tahun 2012.

Deretan Binaan di Sekitar Victoria Harbour

International Commerce Centre

International Commerce Centre (ICC) setinggi 490 meter dengan 118 tingkat merupakan bangunan tertinggi di Hong Kong dan satu daripada pencakar langit yang terkemuka di dunia.

Deretan Binaan di Sekitar Victoria Harbour

Terletak di tingkat 100 bangunan ICC, Dek Pemerhati Sky100 Hong Kong adalah dek pemerhati tertutup yang paling tinggi di bandar raya ini, dan menawarkan pemandangan 360 darjah Victoria Harbour.

Untuk sampai ke sini, sebuah lif berkelajuan tinggi akan membawa anda menaiki 100 tingkat dalam masa 60 saat.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin