Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Ningbo, Tempat Asal Usul Budaya Hemudu

2015-09-01 16:19:09

Ningbo, Tempat Asal Usul Budaya Hemudu

Ningbo, bandar budaya dan sejarah yang terkemuka di China, merupakan salah satu daripada tiga pusat ekonomi di provinsi Zhejiang. Bandar bersejarah ini mempunyai pemandangan alam semula jadi yang cukup mempesona. Menikmati pelbagai jenis pilihan makanan yang sangat sedap di Medan selera Kuil Chenghuangmiao dan keindahan pemandangan malam di tebing Sungai Sanjiang merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para pelancong.

Ningbo, Tempat Asal Usul Budaya Hemudu

Ningbo terletak di timur Zhejiang yang juga bahagian selatan Delta Sungai Yangtze dan berdekatan dengan Teluk Hangzhou di utara. Bandar ini juga dianggap sebagai pusat ekonomi di bahagian Delta Sungai Yangtze. Ningbo ialah tempat asal usul Budaya Hemudu yang telah bersejarah lebih 7,000 tahun. Pada zaman Dinasti Tang (tahun 618 hingga 907 Masihi) , Ningbo menjadi salah satu tapak permulaan bagi Jalan Sutera Maritim. Bandar ini dengan bandar Yangzhou, provinsi Jiangsu dan bandar Guangzhou, provinsi Guangdong sama-sama digelar sebagai tiga pelabuhan perdagangan luar di China pada zaman itu. Pada zaman Dinasti Song (tahun 960 hingga 1279) , Ningbo juga disenaraikan sebagai salah satu pekan pelabuhan perdagangan luar yang utama bersama-sama dengan Guangzhou, provinsi Guangdong dan bandar Quanzhou, provinsi Fujian.

Ningbo, Tempat Asal Usul Budaya Hemudu

Kini, Ningbo menjadi salah satu bandar yang pertumbuhan ekonominya paling pesat di Zhejiang dengan pendapatan per kapita dan tahap penggunaan penduduk tempatan masing-masing menduduki tempat keempat dan tempat kedua di China. Di samping itu, sebagai komponen penting bagi pelabuhan pusat perkapalan antarabangsa Shanghai, Ningbo telah membuka laluan perkapalan dengan lebih 600 buah pelabuhan di lebih 100 buah negara. Pelabuhan Ningbo disenaraikan antara “lima pelabuhan terbaik di dunia” oleh majalah Kontena Antarabangsa Britain.

Ningbo, Tempat Asal Usul Budaya Hemudu

Selain itu, Ningbo juga merupakan tempat asal bagi mereka yang bermastautin di seberang laut. Sebanyak 300 ribu orang Ningbo tinggal di lebih 50 buah negara di dunia.

Selain mempunyai banyak tapak warisan budaya, seperti pekan Xikou yang terkenal di China, para pelancong juga dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang menawan hati di Ningbo kerana lokasi geografinya yang istimewa. Antara destinasi-destinasi pelancongan ekologi yang terkenal di Niongbo termasuklah Gunung Songlan, Gunung Jiufeng, Tasik Jiulong, Kolam Wulong, Mata Air Panas Nanxi dan lain-lain.

1234...>

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin