Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Venue Utama Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

2015-08-28 15:14:04

Venue Utama Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Pemilihan Beijing sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 menjadikan bandaraya ini serta Zhangjiakou, Hebei tumpuan seluruh dunia kerana keseluruhan acara yang dipertandingkan akan dibahagi-bahagikan mengikut kawasan di dua tempat tersebut.

Dengan ini, Beijing bakal menjadi bandaraya pertama di dunia yang menganjurkan kedua-dua temasya Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. 

Sehubungan dengan itu, gelanggang pertandingan di dua bandar tersebut akan "berwajah baharu" dengan menyaksikan pembinaan infrastruktur yang bertaraf dunia.

Venue Utama Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

1.       Venue Pertandingan di Daerah Yanqing, Beijing

Pertandingan acara ski alp dan luncur salji akan diadakan di daerah Yanqing, Beijing sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Pusat Ski Alp Negara yang dilengkapi dengan lima geluncuran ski bagi tujuan pertandingan, latihan dan perkhidmatan teknikal, akan didirikan di situ.

Selain itu, Pusat Luncur Salji Negara juga akan dibina di Yanqing dan menjadi gelanggang pertandingan bagi sembilan acara dalam temasya sukan tersebut.

Gunung Xiaohaituo, daerah Yanqing mempunyai kedudukan yang strategik dari segi geografi dan iklim yang sesuai untuk pembinaan gelanggang ski yang bertaraf antarabangsa. Purata suhu tahunan di situ biasanya 10 darjah Celsius lebih rendah jika dibandingkan dengan pusat bandar Beijing. 

2. Venue Pertandingan di Zhangjiakou Zhangjiakou yang memiliki banyak tempat peranginan luncur salji merupakan venue pertandingan bagi acara ski rentas desa, Nordic Combined, Biathlon dan Snowboard.

Dua kawasan ski di Guyangshu dan Hualindong mempunyai geografi yang amat sesuai untuk acara Nordic Combined dan ski rentas desa kerana topografinya yang beralun antara 1,600 hingga 2,100 meter dari paras laut. 

Pertandingan acara lompat ski juga akan diadakan di kedua-dua kawasan ski tersebut.

Venue Utama Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

3. Venue Pertandingan di Beijing  Terdapat lima stadium di Beijing yang bakal menjadi pusat pertandingan bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, iaitu Pusat Akuatik Nasional yang lebih dikenali sebagai “kiub air”, Stadium Negara yang dikenali sebagai "sarang burung", Stadium Wukesong, Stadium Ibu Negeri dan sebuah stadium baharu yang bakal dibina di sekitar Taman Olimpik.

Venue Utama Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Dalam pada itu, Stadium Negara telah dipilih sebagai tempat bagi mengadakan majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.    

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin