Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Tarikan Baharu Taman Hiburan Disney Hong Kong

2015-08-19 11:06:39

Tarikan Baharu Taman Hiburan Disney Hong Kong

Hong Kong adalah antara lima buah bandar di dunia yang membina Taman Hiburan Disney. Di taman hiburan tersebut, para pengunjung dapat bertemu dengan watak kartun Disney yang sangat popular, antaranya termasuklah Mickey dan Minnie Mouse, Donald Duck, Stitch, Buzz Lightyear, dan sebagainya.

Taman Hiburan Disney Hong Kong telah menerima hampir 50 juta orang pengunjung dari seluruh dunia selepas dibuka secara rasmi pada bulan September 2005. Taman hiburan yang bertemakan watak kartun Disney itu sangat unik kerana turut menyediakan kemudahan lain seperti dua buah hotel, di samping mengadakan persembahan seni hiburan yang bertaraf antarabangsa oleh hampir 7,800 orang penggiat seni yang berbakat besar. Keunikan tersebut telah mendorong Taman Hiburan Disney Hong Kong memperoleh penilaian tertinggi dan banyak menggondol anugerah dalam industri perhotelan dan hiburan.

Tarikan Baharu Taman Hiburan Disney Hong Kong

“The Golden Mickey” adalah antara persembahan hiburan yang paling popular di Taman Hiburan Disney Hong Kong. Persembahan bercorak drama muzikal ala “Broadway AS” ini telah dipersembahkan lebih 19,000 kali dengan jumlah penonton melebihi 16 juta orang. “The Golden Mickey” terdiri daripada tujuh cerita Disney, iaitu Toy Story, Mulan, Tarzan, Under The Sea, Lilo & Stitch, Beauty and The Beast dan The Hunchback of Notre Dame.

Taman Hiburan Disney Hong Kong merancang untuk mengadakan persembahan baharu selaras dengan perkembangan semasa dunia hiburan. Oleh itu, “The Golden Mickey” akan mengakhiri persembahannya dan sudah pasti akan meninggalkan kenangan manis kepada semua peminatnya. Menurut Pengarah Urusan Taman Hiburan Disney Hong Kong, David Lightbody, persembahan hiburan adalah roh dan inti pati taman hiburan tersebut.

Tarikan Baharu Taman Hiburan Disney Hong Kong

Sejak 10 tahun lalu, persembahan seni hiburan bertaraf antarabangsa yang diadakan di taman hiburan tersebut sering mencuit hati dan mencipta kenangan yang sukar dilupakan oleh para pengunjung. Oleh itu, Taman Hiburan Disney Hong Kong berazam untuk terus menghidangkan pelbagai kisah dan watak Disney yang menarik demi memberikan pengalaman baharu kepada para pengunjungnya.

Tarikan Baharu Taman Hiburan Disney Hong Kong

Persembahan “Disney Magic Study” merupakan tarikan baharu yang bakal menemui para pengunjung bersempena dengan ulang tahun ke-10 penubuhan Taman Hiburan Disney Hong Kong pada bulan November nanti. “Disney Magic Study” mengisahkan sebuah buku yang mempunyai kuasa magis. Dalam cerita tersebut, Mickey dan rakannya, Goofy, yang sedang mengembara menemukan sebuah buku magis yang boleh menukar cerita khayalan ke alam realiti. Oleh itu, tanpa disengajakan, mereka telah membawa “Snowman” ke dunia realiti. Ketika hendak menghantar semula “Snowman” ke dalam dunia cerita, Mickey dan Goofy secara tidak sengaja, telah memasuki dunia magis buku tersebut. Maka, bermulalah siri pengembaraan Mickey dan Goofy ke dalam dunia magis yang sangat menarik dan menyeronokkan itu. Akhirnya, Mickey dan Goofy berjaya menghantar semula “Snowman”.

Selain itu, Taman Hiburan Disney Hong Kong turut memperkenalkan beberapa orang rakan Disney yang baharu, antaranya termasuklah Puteri Merida daripada filem “Brave” serta Baymax dan Hiro Hamada daripada filem “Big Hero 6”.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin