Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Tempat-tempat yang Wajib Dilawati di Hong Kong

2015-08-14 15:44:51

Tempat-tempat yang Wajib Dilawati di Hong Kong

Pasar Wanita (Ladies' Market)

Dengan adanya lebih 100 buah gerai yang menawarkan pakaian, aksesori dan cenderamata, Pasar Wanita di Jalan Tung Choi, Hong Kong memberikan peluang kepada anda untuk mempraktikkan kemahiran tawar-menawar.

Pasar ini diberi nama Pasar Wanita kerana kebanyakan barang-barang untuk wanita dari pelbagai peringkat usia ada dijual di sini seperti pakaian dan aksesori. Dengan adanya pelbagai barang yang dijual seperti jam tangan, alat kosmetik, beg, barang perhiasan rumah, CD dan kotak perhiasan, anda tidak perlulah ke pasar itu semata-mata untuk membeli sepasang stoking nilon.

Tempat-tempat yang Wajib Dilawati di Hong Kong

Pasar Malam (Temple Street Night Market)

Apabila matahari terbenam, para peniaga mula bersedia untuk meletakkan barangan jualan mereka, begitu juga dengan penyanyi opera dan penilik nasib. Inilah Pasar Malam Temple Street, sebuah bazar jalanan yang amat popular di Hong Kong. Pasar malam tersebut diberi nama sebegitu kerana Topekong Tin Hau terletak di tengah-tengahnya, sekali gus telah menjadikan pasar malam tersebut lokasi bagi penggambaran filem.

Tempat-tempat yang Wajib Dilawati di Hong Kong

Barang-barang seperti peralatan teh, elektronik, jam tangan, pakaian lelaki, jed dan barangan antik boleh dilihat dan dibeli sekiranya suka, manakala makanan laut, mi dan juadah lain juga boleh ditemukan di sini.

Pasar malam tersebut adalah contoh terbaik bagi menunjukkan kemeriahan di pasar Cina adalah seumpama persembahan teater dan sambutan perayaan. Persembahan ini boleh disaksikan pada setiap malam.

Tempat-tempat yang Wajib Dilawati di Hong Kong

Sesiaran Tsim Sha Tsui (Tsim Sha Tsui Promenade)

Bermula dengan Menara Jam dari era kolonial hinggalah ke Hung Hom, berjalan pula menyusuri Sesiaran Tsim Sha Tsui akan membawa anda melewati Pusat Kebudayaan Hong Kong, Muzium Ruang Angkasa Hong Kong, Muzium Kesenian Hong Kong dan Jalan Bintang (Avenue of Stars).

Namun, bagi kebanyakan pasangan bercinta ataupun peminat fotografi, pandangan anda akan mengarah ke arah selatan kerana bentuk topografinya lebih dramatik dan binaannya lebih menarik, dengan latar langit Pulau Hong Kong yang membayangi perairan Pelabuhan Victoria yang sibuk.

Tempat-tempat yang Wajib Dilawati di Hong Kong

Menara Jam

Berketinggian 44 meter, Menara Jam tertua ini dibina pada tahun 1915 sebagai sebahagian daripada Terminal Kowloon-Canton Railway. Sebuah stesen yang sibuk pada suatu masa dahulu, namun kini tidak lagi. Menara batu dan granit merah yang kini dipelihara sebagai Monumen Deklarasi, masih kukuh dan menjadi tugu peringatan pada Zaman Arang Batu.

Menara itu juga menjadi mercu tanda yang paling diingati bagi jutaan imigran Cina yang melalui terminal ini untuk memulakan hidup baharu bukan sahaja di Hong Kong, tetapi di bahagian lain di dunia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin