Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Suasana Kreatif di Shanghai

2015-07-29 17:52:43

Apa pilihan aktiviti anda pada hujung minggu? Adakah daerah perniagaan yang sibuk, cahaya lampu yang menyilaukan mata, orang ramai yang gamat dan pameran barangan yang pelbagai, sudah menjemukan anda? Pilihlah tempat yang hening dan elegan untuk menenangkan jiwa. Cuba biarkan diri sendiri berendam dalam suasana kreaktif, pasti menyeronokkan.

Suasana Kreatif di Shanghai

1.   Hong Fang Di hujung barat Jalan Huaihai, terdapat sebuah kompleks rumah lama  yang rendah. Hong Fang yang diubah suai daripada sebuah kilang besi yang dibina pada tahun 1958, menggabungkan struktur asal kilang tersebut dengan seni bina moden. Hong Fang mempunyai dewan pameran seluas mencatat 2,600 meter persegi, galeri seluas 1,400 meter persegi, tempat rekreasi seluas 2,000 meter persegi, dan bengkel kraf tangan seluas 1,000 meter persegi. Bumbung kawasan awam dan sebahagian ruang pejabatnya dibina dengan kaca lut sinar, menjadikan kompleks ini terang sekali. 

Alamat: No. 570 Jalan Barat Huaihai

Suasana Kreatif di Shanghai

2. Taman Kreatif 2577 Seni bina Taman Kreatif 2577 menampakkan hasil gabungan unsur-unsur industri tradisional dan industri kreatif. Dengan penggabungan konsep dan bahan binaan moden dengan gaya seni bina Hui, taman ini turut mempamerkan pertembungan unsur-unsur kreatif dan hasil tinggalan sejarah. 

Alamat: No. 2577 Jalan Longhua

Suasana Kreatif di Shanghai

3. Bund 1919 Bund 1919 diubah suai daripada kilang kain kelapan Shanghai, yang dibina pada tahun 1919. Hingga kini, bangunan-bangunan yang dibina oleh kilang tersebut pada zaman berbeza masih dipelihara dengan baik, malah sebahagian daripadanya tersenarai sebagai bangunan bersejarah yang dilindungi negara. Projek pengubahsuaian berkenaan akan mengekalkan beberapa elemen asal dalam kilang kain, seperti mesin tekstil, trek penghantar dan menara loceng untuk merakamkan sejarah perkembangan industri tekstil China. Dengan berkumpulnya siri projek indusri kebudayaan, termasuk media televisyen, permainan dalam talian, pembuatan kartun, institusi latihan seni dan studio artis, taman kreatif ini menjadi tempat aktiviti seni budaya yang penting di Shanghai.

Alamat: No. 258 Jalan Barat Songxing

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin