Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Pemandangan Pelabuhan di Sekitar Victoria Harbour

2015-07-15 16:51:19

Victoria Harbour adalah sebab kewujudan Hong Kong. Kawasan perairan yang dalam antara Pulau Hong Kong dengan Semenanjung Kowloon menjadi sebab beberapa perkampungan nelayan berkembang pesat menjadi pusat dagangan antarabangsa. Pada masa ini, pelabuhan ini menjadi nadi metropolitan dan menjadi satu daripada landskap urban yang mengagumkan.

Pemandangan Pelabuhan di Sekitar Victoria Harbour

Pemandangan Pelabuhan di Sekitar Victoria Harbour

Hong Kong Observation Wheel

Nikmati pemandangan siang dan malam di Victoria Harbour yang menakjubkan di Hong Kong Observation Wheel yang setinggi 60 meter.

Roda besar ini mempunyai 42 gondola mewah antaranya termasuk satu gondola untuk orang kenaman, yang boleh memuatkan lapan penumpang dan dilengkapi dengan Wi-Fi berkelajuan tinggi. Terdapat sebuah plaza di sekitar roda besar ini untuk kegunaan pelbagai acara, tempat membeli minuman dan makanan dan mendapatkan Wi-Fi percuma.

Pemandangan Pelabuhan di Sekitar Victoria Harbour

The Peak

Jika hanya satu perkara yang anda boleh lakukan di Hong Kong, pergilah ke The Peak. Jika banyak perkara yang boleh dilakukan, pergilah juga ke The Peak. Puncak tertinggi di Pulau Hong Kong ini adalah kawasan kejiranan yang paling eksklusif di Hong Kong sejak era kolonial.

Pemandangan di sini menjadikan The Peak satu daripada tarikan popular di Hong Kong. Pada waktu siang, mata anda akan terpaku melihat bangunan pencakar langit dan Victoria Harbour hinggalah ke bukit-bukau menghijau New Territories. Pada lewat petang, panorama ini seakan-akan mencair dan bertukar warna menjadi merah jambu dan jingga sebelum disirami cahaya. Anda juga mungkin dapat mendengar bunyi kesibukan bandar raya di bawah bukit ini.

Pemandangan Pelabuhan di Sekitar Victoria Harbour

Star Ferries

Bot Star Ferries telah berkhidmat dengan setia membawa penumpang berulang-alik dari Pulau Hong Kong ke Kowloon sejak tahun 1888. Kedua-dua belah Victoria Harbour ini kini disambungkan oleh sistem jalan dan kereta api berteknologi canggih, namun jutaan orang masih menggunakan perkhidmatan bot Star Ferries ini setiap tahun. Ramai pelawat menaiki bot ini untuk melihat dengan lebih dekat pelabuhan yang paling banyak dirakam gambarnya, manakala penduduk tempatan pula menggunakannya kerana masih menjadi pengangkutan yang cekap dan berkesan.

Pemandangan Pelabuhan di Sekitar Victoria Harbour

A Symphony of Light

Jika anda merasakan Victoria Harbour menarik dengan gemerlapannya, anda perlu menyaksikan pertunjukan multimedia waktu malam “A Symphony of Lights” yang melibatkan lebih 40 buah bangunan di kedua-dua belah pelabuhan tersebut.

Dinamakan “World's Largest Permanent Light and Sound Show” oleh Guinness World Records, persembahan lampu-lampu berwarna, pancaran cahaya laser dan lampu sorot yang mengiringi muzik dan pengisahan bergabung menjadi satu dalam meraikan tenaga, semangat dan kepelbagaian Hong Kong. Terdapat lima tema utama, iaitu Kebangkitan, Tenaga, Warisan, Perkongsian dan acara kemuncaknya, Sambutan. Persembahan yang mengambil masa selama kira-kira 13 minit itu bermula pukul 8.00 malam setiap hari dan dapat dinikmati secara percuma dan tiada bayaran masuk diperlukan.

Anda boleh mendengar persembahan muzik dan juga pengisahan pada setiap malam di sepanjang kawasan dermaga Tsim Sha Tsui di antara Avenue of Stars dan Hong Kong Cultural Centre serta di laluan pejalan kaki di luar Golden Bauhinia Square di Wan Chai.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin