Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Pelabuhan Shanghai

2015-07-08 13:17:48

Pelabuhan Shanghai

Pelabuhan Shanghai

Pelabuhan Shanghai pelabuhan yang terdiri daripada pelabuhan laut dalam dan pelabuhan sungai yang terletak di bandar raya Shanghai. Pada tahun 2006, pelabuhan tersebut menjadi pelabuhan tersibuk di dunia buat pertama kali berdasarkan tanan kargo yang mencecah 537 juta TEU (twentyfoot equivalent unit).

Pelabuhan Shanghai menghadap Laut China Timur di timur, Teluk Hangzhou di selatan dan termasuk dalam kawasan muara Sungai Yangtze, Sungai Huangpu dan Sungai Qiantang.

Pelabuhan Shanghai diuruskan oleh Shanghai International Port yang menggantikan Lembaga Pelabuhan Shanghai pada tahun 2003. Shanghai International Port Berhad adalah syarikat senaraian awam yang 44.23 peratus daripada sahamnya dimiliki oleh Majlis Perbandaran Shanghai.

Sejarah

Pada zaman Dinasti Ming, kawasan bandar raya Shanghai sekarang adalah sebahagian dari provinsi Jiangsu (dengan sebahagian kecil kawasan dari provinsi Zhejiang). Walaupun Shanghai dijadikan pusat pemerintahan daerah pada zaman Dinasti Yuan, Shanghai masih sebuah bandar yang kecil.

Kedudukannya di muara Sungai Yangtze membantu Shanghai berkembang menjadi pusat perdagangan pesisir laut pada zaman Dinasti Qing, terutamanya ketika era Maharaja Qianlong. Secara beransur-ansur, Pelabuhan Shanghai mengatasi Pelabuhan Ningbo dan Pelabuhan Guangzhou untuk menjadi pelabuhan terbesar di China pada ketika itu.

Pelabuhan Shanghai

Pada tahun 1842, Shanghai dipilih sebagai pelabuhan persetiaan yang menjadikannya bandar raya komersil antarabangsa. Menjelang awal kurun ke-20, Shanghai terkenal sebagai bandar raya dan pelabuhan terbesar di Timur Jauh.

Pada tahun 1991, kerajaan pusat telah membenarkan Shanghai untuk melaksanakan dasar Reformasi Ekonomi. Semenjak itu, Pelabuhan Shanghai telah membangun dengan pantas. Pada tahun 2005, pelabuhan laut dalam Yangshan telah dibina di kepulauan Yangshan, satu gugusan pulau di Teluk Hangzhou yang menghubungkan Shanghai dengan Jambatan Donghai. Pembangunan ini dapat mengatasi masalah perairan yang cetek di kawasan pelabuhan lamanya, sekali gus dapat menyaingi pelabuhan laut dalam yang lain seperti Pelabuhan Ningbo-Zhoushan.

Pelabuhan Shanghai

Jabatan Donghai

Ekonomi

Pelabuhan Shanghai adalah hab pengangkutan dan pintu masuk perdagangan asing yang amat penting di sekitar Sungai Yangtze. Pelabuhan Shanghai menjadi nadi kepada kawasan pedalaman Yangtze seperti provinsi Anhui, Jiangsu, Zhejiang dan Henan, yang maju dari segi ekonomi dan memiliki kepadatan penduduk yang tinggi, tapak perindustrian yang kukuh dan sektor pertanian yang maju.

Pelabuhan Shanghai

(sumber daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Pelabuhan_Shanghai)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin