Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Altai, Xinjiang Wujudkan Pelancongan Rentas Sempadan Empat Negara

2015-06-24 11:32:29

Altai, Xinjiang Wujudkan Pelancongan Rentas Sempadan Empat Negara

Bandar Altai terletak di sempadan utara Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Wartawan difahamkan oleh Biro Pelancongan Altai baru-baru ini bahawa bandar ini sedang berusaha untuk mewujudkan pelancongan rentas sempadan yang meliputi empat negara menggunakan kelebihan geografinya yang bersempadan dengan Rusia, Kazakhstan dan Mongolia. 

Altai kaya dengan sumber pelancongan. Gunung yang hijau, air yang jernih, tasik yang banyak dan hutan dan padang rumput yang luas menjadikannya tempat pelancongan terkenal di China. Gunung Altai sebagai garis perbatasan, Altai bersempadan dengan Mongolia di Timur, Rusia di Utara dan Kazakhstan di Barat. Altai mempunyai empat kastam sempadan darat peringkat A negara, persekitaran ekologi yang terpelihara dengan baik, adat resam yang istimewa dan laluan pengangkutan yang mudah. Semua faktor ini membantu Altai untuk meneroka pelancongan rentas sempadan yang berkualiti.

Altai, Xinjiang Wujudkan Pelancongan Rentas Sempadan Empat Negara

Menurut rancangan, pakej pelancongan ke China dan Kazakhstan selama enam hari, pakej ke China dan Mongolia selama lima hari, dan pakej mengelilingi Gunung Altai selama 12 hari, dapat memberikan peluang kepada para pelancong menghayati pemandangan indah dan adat resam yang unik di Altai dan negara-negara terlibat. Para pelancong bukan sahaja dapat menikmati pelbagai sumber pelancongan seperti tasik, kolam mata air panas, muzium, sanatorium dan adat resam tempatan yang istimewa, tetapi juga boleh membeli hasil pertanian yang bercirikan tempatan.

Altai, Xinjiang Wujudkan Pelancongan Rentas Sempadan Empat Negara

Pelancongan rentas sempadan terdiri daripada pelancongan memandu sendiri dan pelancongan khas. Kini, pelancongan memandu sendiri China-Kazakhstan dan China-Mongolia telah dibuka, manakala pelancongan memandu sendiri rentas sempadan empat negara akan diwujudkan selepas China dan Rusia mencapai perjanjian kerjasama. Bagi pelancongan khas rentas sempadan pula, walaupun kereta China masih belum dibenarkan memasuki Rusia, namun para pelancong boleh memandu kereta dari Kazakhstan untuk menjejakkan kaki ke Rusia.

Difahamkan, Altai kini sedang memohon untuk menubuhkan kawasan perintis pelancongan antarabangsa supaya menawarkan perkhidmatan keutamaan dalam urusan keluar masuk sempadan, bebas visa selama beberapa hari, perolehan visa di tempat lain, beli-belah bebas cukai dan pembinaan lalu lintas.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin