Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Taman Peacock: Merak Bercanda dengan Warna-warninya

2015-06-19 11:44:07

(Oleh Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP)

Taman Peacock: Merak Bercanda dengan Warna-warninya

Selepas sarapan pagi di restoran makanan halal di pekan Jiayuguan, kami dibawa ke Taman Peacock untuk melihat kecantikan burung-burung Merak dan pameran serta lukisan tentang kehidupan Burung Merak. Ironinya, taman ini bukan kawasannya sahaja besar, tetapi setiba sahaja kami di pintu gerbang taman ini, kami disambut dengan suara burung Merak yang bersahut-sahutan dan bersilih ganti serta mengembangkan bulu dan kepaknya yang berwarna-warni. Menarik dan teruja perasaan kami melihat gelagat si burung Merak ini dan ada antara kami yang terleka merakam gelagat si Merak dengan lensa sehinggakan kami dipanggil beberapa kali oleh pemandu pelawat ini untuk melawat beberapa tempat di taman ini.

Taman Peacock: Merak Bercanda dengan Warna-warninya

Pengunjung bukan sahaja diserikan dengan gelagat si Merak, akan tetapi dengan gabungan reka bentuk moden dan klasik, menjadikan taman ini kelihatan cantik dan nyaman pula udaranya. Saya juga amat terpesona dengan pelbagai reaksi replika Merak yang diletakkan di sisi bukit dan dikelilingi pepohon yang malar segar kehijauannya. Biarpun pada waktu ini, Musim Panas, namun sesekali saya terasa kedinginan angin yang bertiup dari Gunung Hitam (Black Mountain) dan Qilian yang bersalut salji di puncaknya.

Taman Peacock: Merak Bercanda dengan Warna-warninya

Segera kami memanjat bukit di taman ini, untuk melihat saujana pemandangan di Kota Jiayuguan dan panorama Gunung Hitam dan Qilian yang masih bersalut salji. Tanpa berlengah, sekali lagi aktiviti lensa menjadi hobi kami. Ada antara kami turut berselfie berlatarkan keindahan panorama kedua-dua gunung ini, walaupun jaraknya agak jauh tetapi tubuh dan wajahnya jelas dipandang. Sekali lagi, kami ditegur oleh pemandu pelawat taman ini untuk bergerak dari bukit ini untuk melawat aktiviti burung Merak di tasik. Tebal juga muka kami dibuatnya dek beberapa kali teguran pemandu pelawat yang tegal dengan masanya.

Sebelum kami meninggalkan taman ini, aktiviti lawatan terakhir ialah melihat sekumpulan burung Merak meniti jambatan di tasik buatan dan kemudian burung Merak akan terbang

Taman Peacock: Merak Bercanda dengan Warna-warninya

menuju ke pondoknya. Sekali lagi, kami ditegur supaya tidak berjalan-jalan di sepanjang jambatan di dalam tasik ini. Pada mulanya, ada antara kami berasa kecewa kerana tidak dibenarkan melintasi titian jambatan kayu di tasik ini, akan tetapi setelah diberi penerangan bahawa ada aktiviti sekumpulan Merak yang akan meniti jambatan bersama-sama penjaganya. Kemudian di tengah-tengah perjalanan, burung Merak ini bergilir-gilir terbang melintasi tasik hingga di dahan pokok atau pagar serta mengembangkan ekor dan sayap sebagai tanda kemegahannya kerana berjaya melintasi tasik ini. Apa tidaknya, pengunjung turut bertepuk tangan atas tanda kejayaan si Merak.

Sesungguhnya, pemuliharaan Burung Merak di taman ini patut dipuji dan digalakkan bagi mengelakkan kepupusan spesis burung Merak yang cantik dan sesekali kelihatan sombong dek kepelbagaian warna-warni yang dimilikinya. Namun, aku terpesona dek kesombongan Merak dengan bercanda warna-warninya yang menghilangkan kepenatan kembaraku di sini.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin