Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Makanan Menjadikan Kita Keluarga

2015-06-18 13:47:39

(Oleh Farah)

Makanan Menjadikan Kita Keluarga

Hari ini rombongan wartawan Malaysia dan CRI menghabiskan masa hampir sehari suntuk di salah satu tempat yang paling aku suka di Xi'an, iaitu daerah Lianhu, tempat letaknya kediaman orang Islam dan juga Jalan Makanan Halal yang cukup terkenal. Kami berjumpa pegawai-pegawai kerajaan daerah Lianhu, makan tengah hari di restoran Pau Bersup Jiasun, melawat Masjid Besar Xi'an dan membeli sedikit oleh-oleh untuk dibawa pulang. Kawasan ini memang sentiasa sibuk.

Makanan Menjadikan Kita Keluarga

Seingat aku, kawasan ini tempat paling awal aku kunjungi di Xi'an ketika datang untuk kali pertama pada tahun 2008 dahulu. Rasanya, antara wajah-wajah yang kulihat di Jalan Makanan Halal pada hari ini, mungkin ada yang sepertiku juga, layak dipanggil veteran kerana sudah tidak terbilang kalinya sampai ke sini. Dan aku faham benar kenapa ada orang yang sanggup berkali-kali datang ke tempat ini, makanan di sini memang lazat, pilihannya banyak dan harganya berpatutan, membuat orang tidak jemu atau bosan. Sebelum bertolak ke Xi'an kali ini, aku ditanya oleh sahabat baik, antara makanan Beijing dan Xi'an, yang mana satu lebih aku gemari? Jawapan untuk soalannya itu Xi'an, kerana aku paling bahagia di Jalan Makanan Halal ini.

Dalam Pesta Makanan Halal Malaysia Xi'an yang diadakan baru-baru ini, produk Malaysia seperti kopi putih dan makanan ringan sekali lagi terbukti digemari penduduk Xi'an. Pada masa yang sama, pelancong dari Malaysia juga sering memuji-muji keenakan masakan yang dapat dinikmati di bandar ini. Jika dipandang dari segi ini, jelaslah bahawa hubungan sesama kita sudah menjadi lebih rapat disebabkan makanan.

Makanan Menjadikan Kita Keluarga

Aku mendapat bukti yang menyokong pendapatku ini apabila aku berkenalan dengan dua orang wanita sewaktu bersolat di masjid. Puan Safiyah dan kawannya, anak jati Xi'an yang mengaku diri mereka penggemar snek dari Malaysia serta peminat setia Shila Amzah, cukup teruja apabila mengetahui aku teman senegara penyanyi terkenal itu. Bagaimana mereka menggambarkan perasaan terhadap makanan Malaysia, begitu jugalah perasaan aku terhadap makanan di Xi'an. Kami bertiga yang baru saja kenal, tiba-tiba sudah menjadi kawan baik.

Makanan Menjadikan Kita Keluarga

Makanan lazat memang mampu membuat kita terlupa seketika segala perkara lain. Di sini, kita bukan lagi orang Xi'an atau orang Malaysia, bukan lagi orang China atau orang asing, tetapi dengan identiti baharu sebagai peminat makanan, kita duduk sebelah-menyebelah menikmati hidangan yang tersedia.

Makanan Menjadikan Kita Keluarga

Sesiapa yang mengenaliku pasti tahu, aku ini sanggup berjalan dari Beijing ke Xi'an semata-mata untuk yangrou paomo, hidangan istimewa yang menjadi kegemaranku. Hari ini, duduk semeja dengan kawan-kawan dari Malaysia, aku gembira sekali melihat mereka mencuba sup daging kambing dan roti pita ini untuk pertama kalinya. Sama ada mereka gemar atau tidak bukanlah yang paling penting bagiku kerana dalam fikiranku ketika itu, kami sekumpulan orang yang beberapa hari lepas masih belum saling kenal, sudah seperti sebuah keluarga yang sedang makan malam bersama-sama dengan gembira.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin