Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Sekadar Catatan Pengalaman di dalam Kereta Api Laju ke Xi'an

2015-06-18 13:31:29

Saya sekali lagi beruntung, kerana Farah dan Melur mempelawa saya menikmati teh China yang berwarna hijau. Di sebelah tempat duduk saya, seorang lelaki China yang nyenyak tidur. Mungkin keletihan bekerja. Saya berbual-bual dengan Farah dan Melur tentang keistimewaan dan khasiat teh ini. Ini kali pertama, saya merasai teh ini di café kereta api. Saya begitu seronok, kerana melihat kaedah hidangan oleh pelayaan café ini cukup sopan dan teratur serta mukanya yang manis. Biarpun beliau tidak fasih berbahasa English, beliau tetap menggunakan bahasa Mandarin melayan saya. Inilah jati diri yang kukuh dan tebal, sayang dan cintakan bahasa ibunda mereka, biarpun saya merupakan pelancong. Namun, dari gerak geri bahasa badan beliau, saya memahami bahasanya. Saya cukup kagum dengan jati diri pelayan café ini. Bagi Farah dan Melur, mereka tidak bermasalah untuk bercakap bahasa Mandarin, dan saya rasa bertuah dan terselamat daripada gangguan berbahasa dengan adanya mereka.

Kereta api ini terus laju menuju ke Xi'an. Biarpun laju, saya sempat dan jelas melihat akan keindahan atau panorama bentuk muka bumi sepanjang perjalanan kereta api ini. Cantik, bersih, hijau dengan alam semula jadi yang masih terperlihara dan segar.

Di sini, saya dapat merasai kenikmatan teh ini berulang-ulang kali Masakan tidak, setiap kali saya habis meneguk air teh ini, pelayan wanita ini akan menuangkan teh ini untuk saya. Saya tersenyum. Gembira dilayan umpama rajasambil ketawa dengan Farah dan Melur.

Masa untuk Lima jam di dalam kereta api umpama tidak terasa oleh saya dek akan layanan pelayan café ini dan cerita-cerita yang pelbagai kisah dengan Farah dan Melur.

Tepat pukul 6.30 petang, waktu di Xi'an, kami tiba di Stesen Xi'an Bei. Sesungguhnya, masa yang diisi dengan secangkir teh China membuatkan saya terleka dengan putaran masa. Seronok dan mengagumkan saya di café ini. Teh yang tidak akan saya lupai kesegarannya. Saya bertekad untuk membeli teh ini di Beijing nanti untuk cenderahati kepada sahabat di Malaysia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin