Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Sekadar Catatan Pengalaman di dalam Kereta Api Laju ke Xi'an

2015-06-18 13:31:29

Oleh Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Sekadar Catatan Pengalaman di dalam Kereta Api Laju ke Xi'an

Pada pagi ini, kami dibawa ke China Radio International (CRI). Kami diberi taklimat ringkas oleh Puan Wenwen Zhong, Kemudian, kami dibawa ke restoran halal bagi menikmati hidangan makanan halal di Beijing. Pelbagai jenis makanan dihidangkan, termasuklah masakan itik panggang. Sungguh enak dan lazat sambil berbual dengan beberapa warga kerja CRI. Seramai lima orang warga kerja CRI juga akan menyertai Kembara Laluan Sutera ke Xi'an. Mereka ialah, Sastria, Farah, Melor, Rahman dan Zaidah.

Selepas makan, kami segera diminta menaiki bas CRI untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Beijing untuk menuju ke Stesen Kereta Api Beijing. Kata, Puan Wenwen, kami perlu berangkat ke Wilayah Xi'an pada tengah hari ini dengan menggunakan Kereta Api Laju. Kereta Api Laju ini mempunyai kelajuan kira-kira 300km/jam. Masa untuk sampai di Wilayah/provinsi Xian, iaitu kira- kira 5 jam. Biarpun, untuk ke Xi'an, kami juga boleh memilih untuk menggunakan pengangkutan kapal terbang yang hanya mengambil masa hanya 2 jam untuk tiba ke Lapangan Terbang Xian.Namun begitu, kami memilih untuk menggunakan pengangkutan darat, kereta api laju. Ada sesuatu pengalaman yang menarik apabila kami menaiki kereta api laju ini berbanding menaiki kapal terbang.

Sekadar Catatan Pengalaman di dalam Kereta Api Laju ke Xi'an

Sampai di Stesen, kami diberi laluan khas sehingga sampai di dataran menunggu kereta api. Cukup istimewa, kerana dataran menunggu ini sangat luas dan boleh dilalui kenderaan, Kami tidak perlu berjalan kaki dengan jarak yang jauh, sambil mengheret bagasi yang berat dan besar. Maklumlah, kata kawan saya, Azman (Utusan Malaysia) hendak duduk 10 hari di sini, beg yang kosong akan bertambah padat atau beranak apabila kami pulang ke tanah air nanti.

Kami sekali lagi diberi layan isiimewa tanpa beratur. Kami terus diberi laluan khas orang kenamaan untuk menaiki kereta api ini. Jalannya ringkas dan cepat. Walau pun begitu, kami sebagai wartawan tetap mengambil kesempatan merakam gambar gelagat penduduk tempatan dan warga asing yang mundar mandir di stesen ini. Saudara Nazmi, terus dengan hobinya melihat kedai buku di sini. Azidah dan Firdaus (Tv Al-Hijrah) sibuk membuat penggambaran di stesen.

Sebelum masuk di pintu masuk kereta api, Sastria menyerahkan tiket kereta api laju kepada kami. Saya melihat tiket ini dengan harga sebanyak 515.50 Yuan. Tepat pukul 2.00 petang, kereta api ini akan bertolak ke Xi'an.

Saya pada mulanya bernekad untuk berehat di kerusi dalam kereta api ini dek kerana kurang tidur setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 2.00 pagi semalam. Namun, saya diajak oleh Puan Azidah dan Firdaus untuk membuat penggambaran di café.

Sekadar Catatan Pengalaman di dalam Kereta Api Laju ke Xi'an

Di sini, saya melihat ramai penumpang yang duduk di kerusi dan bermeja khas sambil memesan minuman ringan. Ada yang bermain kad poker bersama-sama sahabat mereka. Ada pula yang mengulit buku dan computer riba atau telefon pintar yang melayari internet. Untuk duduk di tempat ini, penumpang perlu membuat pesanan minuman.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin