Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Yiwu, Pusat Borong Terkemuka

2015-06-16 14:09:46

Jika anda seorang peniaga, sudah tentu perkara utama yang anda berikan perhatian adalah untuk meningkatkan keuntungan jangka panjang. Anda mungkin sudah pun melancarkan operasi perniagaan serta meningkatkan hasil jualan dengan pengiklanan dan pemasaran. Satu perkara lagi yang tidak harus anda lupakan ialah pemborongan.

Selain bandar Guangzhou yang sudah menjadi destinasi utama pemborong asing, terdapat satu lagi tempat borong di China yang wajar diberi perhatian oleh pemborong. Itulah Yiwu, sebuah bandar kecil di provinsi Zhejiang, kira-kira 220 kilometer dari Shanghai.

Yiwu, Pusat Borong Terkemuka

Bandar ini diiktiraf sebagai “Bandar Borong Terbesar di Dunia” oleh sebuah laporan Pembangunan Negara China tahun 2005 yang dikeluarkan bersama-sama oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Bank Dunia dan Morgan Stanley. Selain itu, Yiwu juga dikenali umum sebagai pusat borong barangan termurah di dunia oleh pemborong dari seluruh dunia.

Kawasan perniagaan seluas 2.6 juta meter persegi ini memuatkan lebih 70,000 buah kedai dengan jualan barangan jutaan jenis. Pada masa ini, tempat itu berjaya menarik kira-kira 200,000 orang pengunjung sehari.

Yiwu, Pusat Borong Terkemuka

Terdapat satu pepatah yang terkenal di bandar Yiwu yang mengatakan “Jika anda meluangkan masa 3 minit di setiap kedai di pusat borong ini, anda akan menghabiskan setahun daripada hidup anda”. Begitulah gambaran betapa besarnya tempat itu.

Yiwu International Trade City ini atau dahulunya dikenali sebagai Futian Market terbahagi kepada lima bahagian utama yang menawarkan produk yang berbeza-beza. Setiap pemilik kedai di sini memiliki kilang mereka tersendiri sama ada besar atau pun kecil. Inilah antara sebabnya anda tidak mungkin hanya membeli dengan kuantiti yang sedikit. Satu karton adalah jumlah minimum yang diharuskan bagi setiap produk yang anda ingin borong.

Bagi mereka yang pertama kali kesini tentu akan terkejut apabila menampakkan terdapat berpuluh-puluh kedai yang hanya menjual zip seluar semata-mata. Setiap kedai itu hanya dipenuhi dengan berpuluh ribu jenis zip seluar. Pilihan yang banyak seperti ini akan membuatkan anda menjadi rambang mata.

Sebagai satu gambaran, jika anda melawat ke setiap kedai selama 1 minit, anda memerlukan 65.5 hari untuk selesai mengunjungi semua kedai! Itupun kalau anda boleh berjaga selama 24 jam untuk 65 hari.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin