Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Tainan, Kota Paling Bersejarah Provinsi Taiwan, China

2015-06-11 14:16:08

Tainan, Kota Paling Bersejarah Provinsi Taiwan, China

Tainan, kota yang paling bersejarah di provinsi Taiwan, China dan pernah menjadi ibu kota Taiwan semasa era maharaja serta  tapak asas petempatan Formosa Belanda. Terkenal dengan tapak bersejarah, daripada kuil China yang penuh dengan hiasan kepada bangunan kolonial, serta makanan lazat dan kompleks beli-belah, Tainan memang merupakan destinasi percutian yang paling popular di Taiwan.

Pihak Belanda melihat lokasi Tainan di bahagian barat daya Taiwan, menghadap Selat Taiwan sebagai lokasi yang baik. Oleh itu, mereka membina koloni mereka di sini. Tinggalan koloni ini kekal terpelihara di daerah bersejarah kota ini di Anping. Pengunjung yang menginap di sini boleh melawat ke banyak tapak bersejarah dan kebudayaan yang ada di kawasan ini.

Pengunjung yang datang ke sini untuk membeli-belah dan menjamu selera biasanya akan menginap di ibu kota. Di sana, mereka akan menemukan banyak kompleks beli-belah yang moden dan pelbagai medan selera. Yongkang, berdekatan dengan Universiti Kebangsaan Tainan (UNTN) adalah antara pilihan utama dalam kalangan pengunjung yang ingin menghabiskan masa beberapa hari jauh dari pusat bandar.

Tainan, Kota Paling Bersejarah Provinsi Taiwan, China

Anping

Anping merupakan pilihan popular untuk pelancong yang ingin merasai warisan sejarah dan kebudayaan Tainan. Semasa Belanda tiba pada abad ke-17, mereka membina Fort Zeelandia. Kini, tempat tersebut dipanggil Anping Fort dan menjadi kawasan rekreasi yang popular untuk penduduk tempatan dan para pelancong. Bagi suasana yang lebih santai di tengah-tengah kota, terdapat Lin Mo Niang Park di tebing Pelabuhan Anping. Aktiviti malam di kawasan ini tertumpu pada pasar malam yang terkenal dan biasanya padat dengan pengunjung. Anda boleh membeli-belah, menjamu selera atau minum-minum di sini.

Tainan, Kota Paling Bersejarah Provinsi Taiwan, China

Yongkang

Yongkang terletak di timur laut pusat bandar Tainan. Tempat penginapan di sini popular dalam kalangan pelajar memandangkan beberapa universiti terkemuka Tainan terletak di sini, antaranya termasuklah Universiti Teknologi Tainan dan Universiti Teknologi Selatan Taiwan. Yongkang mempunyai stesen kereta apinya sendiri. Oleh itu, memudahkan para pelajar untuk bergerak.

Tainan, Kota Paling Bersejarah Provinsi Taiwan, China

Pusat bandar Tainan

Penginapan di pusat bandar Tainan sangat ideal untuk mereka yang inginkan pengalaman membeli-belah semasa berada di Tainan. Gedung beli-belah Shinkong Mitsukoshi adalah tempat pengunjung boleh menemukan jenama fesyen mewah seperti Chanel, Hermes, Calvin Klein, Ferragamo, dan banyak lagi. Jalan Beimen di pusat bandar Tainan juga banyak mempunyai kedai yang menawarkan pakaian dan aksesori serta peralatan elektronik. Mereka yang menginap di pusat bandar pasti lega apabila mengetahui Jalan Beimen adalah pusat pengangkutan utama bandar ini. Bas antara bandar berhenti di sini, manakala kereta api bertolak dari Stesen Tainan untuk ke destinasi utara dan selatan. Terdapat juga sejumlah tapak sejarah dan kebudayaan di sini seperti Kuil Konfusius, Fort Providentia (Menara Chikan) dan Muzium Negara Kesusasteraan Taiwan.

(sumber daripada http://ms.hotels.com/)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin