Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Bandar Chongqing - Bandar Bersejarah dan Moden

2015-05-29 17:46:42
384338_2015052917465174229200.jpg 384338_2015052917465812531100.jpg 384338_2015052917470314405900.jpg

Bandar Chongqing yang terletak di barat daya China diberikan jolokan nama “bandar pergunungan”, “bandar berkabut” dan “bandar jambatan”. Kedudukan geografi Chongqing terletak di kawasan pergunungan, iaitu di antara Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dengan Dataran Aliran Tengah dan Hilir Sungai Yangtze. Selain itu, kedua-dua Sungai Jialing dan Sungai Yangtze juga mengalir melalui bandar tersebut. Maka, bandar Chongqing mempunyai banyak jambatan.
Chongqing ialah salah sebuah daripada empat buah bandar yang di bawah pentadbiran langsung kerajaan pusat China. Ketiga-tiga lain ialah Beijing, Tianjin dan Shanghai. Jumlah keluasan bandar Chongqing mencatat 82.403 ribu kilometer persegi dan angka ini merupakan 2.39 kali ganda daripada keluasan ketiga-tiga bandar Beijing, Tianjin dan Shanghai.
 

Bandar Chongqing menyimpan sejarah yang lama. Pada kira-kira 2 juta tahun yang lalu, bandar tersebut mula diduduki manusia, iaitu orang Wushan, manusia yang paling awal ditemukan di China. Orang yang tinggal di kawasan Chongqing dipanggil “Ba”. Orang Ba tinggal di kawasan pergunungan dengan persekitaran yang berbahaya. Oleh itu, orang Ba memiliki keperibadian yang tegas, berani dan pandai berjuang.

 Bandar Chongqing juga mempunyai destinasi pelancongan yang istimewa. Pemandangan alam di Chongqing amat indah seperti gunung, sungai, hutan, air terjun, ngarai, gua, dan lain-lain. Terdapat lebih 300 destinasi pelancongan di bandar tersebut antaranya termasuklah pemandangan Tiga Gaung Sungai Yangtze yang terkenal di dunia, ukiran batu Dazu (warisan budaya dunia) dan destinasi Pelancongan Topografi Wulong (warisan alam semula jadi dunia). Selain itu, bandar Chongqing juga mempunyai 24 taman hutan peringkat negara, enam taman geografi peringkat negara, empat kawasan perlindungan alam sekitar peringkat negara, dan lain-lain.

Pada bulan Mei tahun 2015, Chongqing menduduki tempat pertama dalam senarai "Tarikan Bandar Pelancongan China 2015” yang diumumkan oleh Institusi Penyelidikan China(SAP).    
 


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin