Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Kembara ke Kunming, Bandar "Musim Bunga"

2015-05-22 15:39:55

"Everyday is spring in Kunming". Itulah antara ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan keindahan di Kunming, provinsi Yunnan, China. Ketibaan di bumi Kunming disapa dengan hembusan sejuk yang mendamaikan. Dengan cuaca yang menyenangkan sepanjang tahun, iaitu sekitar 15.8 hingga 23 darjah selsius, bandar ini menjanjikan suasana percutian yang seronok dan menakjubkan. Selain faktor cuaca yang baik, Kunming menawarkan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati dengan panorama yang indah permai. Bunga-bungaan yang berwarna-warni yang mekar mewangi berkembang di sana sini juga membangkitkan lagi keseronokan untuk menghayati keindahan di bumi Kunming.

Kembara ke Kunming, Bandar "Musim Bunga"

Jiu Xiang Scenic Region

Landskap semula jadi yang menarik dan pemandangan bawah tanah menakjubkan ini membuat Jiuxiang salah satu tempat yang paling cantik yang perlu anda lawati jika berada di Kunming. Ia mempunyai lebih 100 gua yang menakjubkan yang terbentuk kira-kira 600 juta tahun lalu. Anda boleh memilih ke sini dengan menaiki bas kira-kira 2 jam dari bandar Kunming.

Kembara ke Kunming, Bandar "Musim Bunga"

Yunnan Stone Forest

Tempat ini antara tarikan yang paling popular di Kunming, terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan, iaitu pembentukan batu kapur yang muncul daripada tanah mewujudkan ilusi hutan yang diperbuat daripada batu. Pelawat boleh memilih berjalan di sekitar hutan batu ini untuk merasai pengalaman yang berbeza.

Kembara ke Kunming, Bandar "Musim Bunga"

Dongchuan Red Land

Kawasan tanah merah Dongchuan adalah destinasi baharu yang berhampiran Kunming, lebih kurang 250 kilometer dari timur laut bandar itu. Kawasan di sini dikenali sebagai Red Land kerana tanahnya yang merah seolah-olah disusun cantik bertingkat-tingkat dan amat dicintai oleh jurugambar profesional. Ia amat unik dan berbaloi untuk dilawati. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 4 jam dengan menggunakan bas.

Kembara ke Kunming, Bandar "Musim Bunga"

Jinmabiji Square

Nama tempat ini diambil daripada dua pintu masuk utama, Jinma dan Biji, iaitu kuda emas dan jed ayam jantan, yang berdiri megah di kawasan ini. Terletak di tengah-tengah bandar Kunming, ia menjadi tumpuan warga kota untuk membeli-belah serta bersantai.

Kembara ke Kunming, Bandar "Musim Bunga"

Masjid Yongning di Kunming

Masjid ini terletak berhampiran dengan Jinmabiji Square, iaitu hanya perlu kira-kira 5 minit untuk berjalan kaki. Masjid ini mempunyai 3 tingkat iaitu ruang makan di tingkat bawah dan juga ruang untuk bersolat di tingkat dua dan tiga. Hidangan mee dan juga pau amat popular di sini. Satu lagi, jangan bimbang akan isinya kerana semua makanan di sini adalah halal.

Kembara ke Kunming, Bandar "Musim Bunga"

Haigeng Park

Bagi yang berminat akan burung camar, anda boleh melihat berpuluh ribu camar terbang besar di tepi tasik. Anda juga boleh memberi burung-burung ini makan dan bergambar dengannya. Memang indah sekali!

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin