Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Bandar Qinzhou, Wilayah Guangxi

2015-05-12 13:57:09

Bandar Qinzhou terletak di pusat Zon Ekonomi Teluk Beibu, iaitu di utara Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, kawasan timurnya berdekatan dengan delta Sungai Zhujiang. Bandar ini berjarak kira-kira 110 kilometer dari bandar Nanning, ibu kota wilayah Guangxi, 98 kilometer dari bandar Beihai dan 76 kilometer dari bandar Fangchengang. Qinzhou merupakan bandar penting bagi pelaksanaan strategi pembangunan dan keterbukaan Zon Ekonomi Teluk Beibu dan pusat kerjasama China dan negara ASEAN. Selain itu, Qinzhou juga merupakan pusat pengangkutan bagi Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi dan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).

Bandar Qinzhou adalah bandar pesisir laut yang mesra alam dan karbon rendah yang sesuai untuk didiami dan menjalankan perniagaan. Bandar ini telah empat kali disenaraikan sebagai antara sepuluh bandar persekitaran pelaburan terbaik di China. Kawasan hutan di seluruh bandar seluas lebih 590 hektar dan kadar litupan hutan mencatat 52.88 peratus. Sejak akhir-akhir ini, Qinzhou berusaha untuk membina bandar taman ekologi peringkat negara berikutan pelaksanaan “Rancangan sepuluh tahun kehidupan taman”.

Sebagai laluan laut yang paling strategik di bahagian tengah dan barat China, Qinzhou merupakan pangkalan terdepan dalam kerjasama China dengan ASEAN. Kini, laluan kapal dari Pelabuhan Qinzhou ke bandar China yang lain dan negara asing telah dibuka, termasuk laluan dari Qingzhou ke Guangzhou, Shenzhen, Quanzhou, Yingkou,  Tianjin, Hong Kong,  Kaohsiung Taiwan, Singapura, Hai Fang, Ho Chi Minh Vietnam, dan Bangkok Thailand.

Bandar Qinzhou yang telah bersejarah selama 1,400 tahun memiliki warisan budaya yang amat menarik, malah antara pelabuhan permulaan bagi Jalan Sutera Maritim pada zaman purba China. Sebagai bandar pelancongan yang unggul di China, Qinzhou juga dikenali sebagai “bandar laici”, bandar susu lembu dan kerbau” dan “bandar tembikar Nixing”. Tembikar Nixing adalah antara  empat tembikar yang terkemuka di China.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin