Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Menjejaki Sejarah Kota Purba Xi'an

2015-05-06 18:17:41

Menjejaki Sejarah Kota Purba Xi'an

Xi'an, ibu kota provinsi Shaanxi, terletak di bahagian barat laut China. Xi'an dikenali sebagai Chang'an pada zaman purba, tempat asal Terra Cotta atau patung tanah liat berupa perwira dan kuda serta tempat bermulanya Jalan Sutera.

Xi'an merupakan antara empat ibu negeri yang terkenal pada zaman purba China. Dalam catatan sejarah Shi Ji,  Xi'an digelar “kota yang kukuh pertahanannya dan kaya sumbernya”, serta tempat kelahiran bangsa Cina. Kota tersebut dibina oleh Raja Zhouwen pada abad ke-12 Sebelum Masihi. Terdapat 13 buah dinasti (mungkin 17) telah mendirikan ibu negeri mereka di situ, termasuklah empat dinasti yang unggul dalam sejarah China, iaitu Dinasti Zhou, Qin, Han dan Tang. Pada tahun 1981, UNESCO mengisytiharkan Xi'an sebagai “kota purba yang bersejarah dan penuh unsur budaya". 

Menjejaki Sejarah Kota Purba Xi'an

Selain Chang'an, Xi'an juga terkenal dengan nama Xijing, Xidu, Yongxing dan Fengyuan. Walau bagaimanapun, nama Chang'an, yang bermaksud keamanan dan kestabilan yang berkekalan, paling terkenal. 

Bandar Xi'an sudah berusia lebih 3,100 tahun. Pada zaman Dinasti Han dan Tang, Xi'an merupakan pusat pertukaran asing China yang jumlah penduduknya melebihi sejuta orang. Semasa dalam fasa pembangunan yang pesat, Xi'an sering menjadi tumpuan dunia yang menarik kedatangan ramai utusan luar dan para pengembara. “Rome di Barat, Chang'an di Timur” adalah gambaran kedudukan Xi'an dalam sejarah dunia. 

Menjejaki Sejarah Kota Purba Xi'an

Xi'an adalah bukti semangat Cina yang sentiasa yakin, terbuka dan inklusif. Bandar ini menjadi lokasi bermulanya Jalan Sutera yang terkenal. Muzium Terra Cotta, salah satu daripada lapan keajaiban dunia, adalah gambaran kehebatan sejarah dan budaya bandar tersebut.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin