Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Keindahan Malam di Nanning

2014-11-04 10:51:41

Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China, merupakan tuan rumah tetap Ekspo China-ASEAN pada setiap tahun. Nanning mempunyai persekitaran ekologi yang amat baik serta iklim yang nyaman. Maka, bandar ini juga dikenali sebagai "bandar hijau" atau "bandar air".

Pada zaman dahulu, Nanning dikenali dengan nama "Yongzhou" yang bermaksud "kota yang dikelilingi air." Hingga kini, tasik dan sungai masih menjadi hiasan utama kepada bandar ini, yang menyerlahkan pemandangan yang membuat anda amat teruja, khususnya pada waktu malam.

Tasik Nanhu

Bagi pelancong yang ingin menikmati keindahan di "bandar air" ini pada waktu malam, Tasik Nanhu memanglah tempat yang patut dilawati. Pada pukul 5.00 petang, pelancong boleh bersiar-siar di tepi tasik itu sambil mengambil gambar. Pemandangan yang indah menarik ramai pengantin baharu mengambil gambar di sana. Terdapat astaka dan sebuah koridor disediakan di tepi tasik untuk pelancong berehat dan bersantai.

Pada musim panas, ramai penduduk tempatan datang ke Tasik Nanhu pada waktu senja untuk bersiar-siar atau beriadah.

Tasik Lagu Rakyat

Pelancong juga boleh menumpang kapal persiaran di Tasik Nanhu untuk menikmati keindahan bandar Nanning pada sebelah malam. Kapal persiaran itu boleh membawa pelancong ke Tasik Lagu Rakyat, iaitu tempat penganjuran Pesta Kesenian Lagu Rakyat Antarabangsa pada setiap tahun. Tasik Lagu Rakyat dianggap tempat yang boleh mencerminkan keunikan Nanning sebagai "bandar air"

Pelayaran menggunakan kapal persiaran itu akan mengambil masa satu jam, dengan tambang RMB 150.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin