Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Dandong, Bandar Paling Indah di Sempadan China (II)

2014-11-04 09:50:26

Pokok Ginkgo di Kampus Institusi Liaodong

Musim luruh selalu diibaratkan musim yang berwarna emas. Jika melancong ke Dandong, provinsi Liaoning pada musim luruh, pelancong boleh menikmati warna emas yang betul-betul kerana daun pokok ginkgo di bandar itu akan menjadi genap kuning keemasan. Selain beberapa jalan raya di Dandong yang terkenal dengan pokok ginkgo di kedua-dua tepinya seperti Jalan Liuwei, Jalan Jiuwei dan Jalan Qijing, pokok-pokok ginkgo yang bersejarah lama juga boleh ditemui di kampus Institusi Liaodong. Pada musim luruh, banyak daun pokok ginkgo mulai bergugur akibat tuipan angin, sehingga mentudungi jalan raya yang warnanya ikut berubah menjadi emas-emasan. Dalam pada itu, kenderaan kadang-kadang dilarang dipandu ke jalan raya berkenaan bagi memudahkan pelancong bergambar dan menikmati pemandangan yang menguja itu.

Tembok Besar Seksyen Gunung Hu

Gunung Hu terletak di tempat 15 kilometer dari timur bandar Dandong. Gunung yang berlokasi di tebing Sungai Yalu itu merupakan sebuah destinasi pelancongan yang popular dengan pemandangan yang indah. Terdapat beberapa tempat kunjungan yang popular di Gunung Hu termasuk Tembok Besar, Patung Buddha Berbaring dan Cenuram Mulut Harimau.

Menurut hasil pengkajian sejarah, Tembok Besar Seksyen Gunung Hu merupakan hujung timur bagi Tembok Besar pada zaman Dinasti Ming. Dengan mendaki Tembok Besar Seksyen Gunung Hu, pelancong juga boleh menikmati pemandangan negara Republik Rakyat Demokratik Korea dari jauh.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin