Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Dandong, Bandar Paling Indah di Sempadan China (I)

2014-11-04 09:50:07

Dandong, provinsi Liaoning digelar "bandar yang paling indah di kawasan sempadan China". Bandar ini juga merupakan sebuah destniasi pelancongan yang popular di negara ini. Dandong antara bandar yang cuacanya paling nyaman di timur laut China dengan suhu purata tahunan 9 darjah Celsius. Pada Ogos 2013, Dandong memperoleh "Anugerah Pelancongan Asia: Bandar Ekopelancongan Paling Unggul di China".

Jalan Pokok Ginkgo yang Bersejarah

Musim luruh sentiasa datang dengan tiba-tiba di bahagian timur laut China. Bandar Dandong menyerlahkan pemandangan alam yang indah lagi istimewa pada musim luruh yang cuacanya menjadi sejuk. Pokok Ginkgo yang daunnya berbentuk kipas antara spesies tumbuh-tumbuhan yang amat lama, malah digelar "fasil yang hidup". Pokok Ginkgo yang berusia atas seratus tahun amat jarang, namun ia banyak didapati di beberapa tempat di bandar Dandong, seperti Jalan Liuwei, Jalan Jiuwei dan Jalan Qijing.

Taman Jinjiangshan

Taman Jinjiangshan dikenali sebagai tempat yang paling popular daripada "lapan tapak pelancongan utama di timur laut China". Taman yang terletak 1.8 kilometer dari Sungai Yalu ini, diliputi hutan yang rimbun menghijau dan dihiasi pelbagai jenis bunga yang sentiasa berkembang mekar. Taman Jinjiangshan dibahagikan kepada lima kawasan utama berdasarkan pemandangannya yang berlainan. Ketika berdiri di atas Bukit Jinjiang, anda boleh menyaksikan panorama bandar Dandong serta bandar Sinuiju di Republik Rakyat Demokratik Korea.

Selain itu, terdapat sebuah taman budaya di dalam taman ini yang mempamerkan budaya dan sejarah bandar Dandong.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin