Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Tarikan Bandar > Kandungan

Kuil Zhang Fei, Chongqing

2014-11-01 11:12:51

Kuil Zhang Fei yang juga dipanggil Kuil Zhang Huanhou terletak di Gunung Feifeng di tebing selatan Sungai Yangtze, 382 kilometer dari bandar Chongqing. Kuil itu dibina untuk memperingati Zhang Fei, panglima terkenal negeri Shuhan pada zaman Tiga Negara (220-280). Zhang Fei yang berani dan jujur yang terburu-buru mengambil tindakan balas terhadap kematian abang angkatnya Guan Yu, dibunuh oleh pengikutnya, iaitu Zhang Da dan Fan Jiang. Kedua-dua orang itu memenggal kepala Zhang Fei dan membawa ke negeri Wu, yang bermusuh dengan negeri Shuhan untuk mendapat hadiah. Ketika tiba di kaunti Yunyang, mereka mendengar khabar angin bahawa negeri Wu dan Shuhan telah mencapai perjanjian damai. Mereka segera membuang kepala Zhang Fei ke dalam Sungai Yangtze. Seorang nelayan bermimpi bertemu Zhang Fei yang menyuruhnya mengambil kepala tersebut. Nelayan itu yang menyauk kepala Zhang Fei dari dalam sungai, sebaliknya menemui sebalang emas. Emas itu digunakan untuk membiayai pembinaan kuil Zhang Fei di Gunung Feifeng, berhadapan kaunti Yunyang. Kesetiaan dan keberanian Zhang Fei sentiasa dihormati dan diingati rakyat. Penduduk dari pelbagai tempat datang ke Kuil Zhang Fei untuk mengadakan upacara memperingati Zhang Fei pada 28 bulan ke lapan dalam kalendar China setiap tahun. Menurut catatan sejarah, Kuil Zhang Fei mula dibina pada akhir zaman negeri Shuhan (tahun 263) dan terus diperluas pada zaman Dinasti Song, Yuan, Ming dan Qing, iaitu lebih 1,700 tahun yang lalu. 

Kuil Zhang Fei dibina di atas Gunung Feifeng mengikut susunan gunung itu dan menghadap Sungai Yangtze. Kuil itu terdiri daripada beberapa kumpulan bangunan yang megah. Di atas dinding gunung di sebelah pintu kuil itu ditulis empat huruf iaitu Jiang Shang Feng Qing yang bermaksud "Angin yang bertiup di atas sungai amat segar". Bangunan utama di dalam kuil itu termasuk istana utama, istana sampingan, gedung Jieyi, gedung Wangyun, loteng Zhufeng, pondok Dujuan dan Deyue.

Di dalam Kuil Zhang Fei tersimpan lebih seribu barangan tinggalan zaman purba termasuk ukiran batu, ukiran kayu, lukisan dan lukisan dinasti Han dan Tang serta artifak yang lain. Banyak ukiran batu, karya tulisan dan lukisan adalah karya tokoh terkenal yang jarang dijumpai di tempat lain sama ada di dalam atau luar China.

Pembinaan projek loji janakuasa elektrik Tiga Gaung Sungai Yangtze, menyebabkan lokasi Kuil Zhang Fei akan ditenggelam dalam air. Kerajaan China telah memperuntukkan RMB 40 juta untuk memindahkan semua bangunan kuil itu ke tempat yang berjarak 32 kilometer daripada lokasi asal.

Panduan:

Tiket: RMB20

Pengangkutan: Perkhidmatan bas dan bot disediakan dari bandar Chongqing ke kaunti Yunyang di stesen bas Chaotianmen dan Pelabuhan Chaotianmen. Perjalanannya mengambil masa lima jam. Dari stesen bas Lianhua, naik bas ke arah Panshi dan turun di perhentian Jambatan Sungai Yangtze Yunyang.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin